✿Sahabatku✿

Friday, January 20, 2017

Review Restoran Pinggan2

Image result for restoran pinggan2 gong badak

Assalamualaikum wbt..

Pagi nie saya nak review pasal satu restoran yang agak istimewa iaitu Restoran Pinggan2 di Gong Badak, Kuala Terengganu.. Kenapa saya cakap istimewa..? Sebabnya adalah restoran nie ada menyajikan nasi kukus yang sangat istimewa dan awak boleh pilih samada nak makan berlaukkan ayam goreng berempah ataupun ikan yang digoreng garing... Selain itu, restoran ini juga menyajikan lauk pauk kampung seperti ikan singgang, daging gulai, kentang yang digoreng bersama sambal..

Tengoklah menu-menu yang disediakan..






Nampak menyelerakan menu-menu dia..? Restoran nie jugak ada menyediakan perkhidmatan katering untuk majlis perkahwinan, korporat dan kerajaan, harganya pun agak berbaloi jugak sesuai dengan keadaan ekonomi sekarang. Pakej katering mereka nie jugak ada menyediakan lengkap dengan peralatan seperti kanopi, scallop, kipas, set meja bufet, kerusi meja dan alas kerusi.. Peralatan mereka pulak eksklusif dan nampak mewah tapi mereka membawa konsep 'Eksklusif dan Mampu Milik'... 

Bagi harga katering untuk majlis perkahwinan, Restoran Pinggan2 memberi harga yang agak berbaloi iaitu bermula dari RM7.50 untuk seorang, manakala untuk organisasi kerajaan dan korporat pulak katering sarapan hanya RM5 seorang dan untuk hidangan tengahari pula, restoran ini memberi harga dari RM8 seorang..Agak murah kan.. 

Jadi jika awak nak mencari hidangan tengahari dengan lauk pauk tradisional Terengganu, awak bolehlah singgah di Restoran Pinggan2 yang terletak di alamat ini : Pinggan Nasi Kukus, Emporium Hock Kee Seng Gong Badak, Kuala Terengganu.. 


Selamat menjamu selera.. 


Thursday, January 19, 2017

Pendapat..?

Assalamualaikum wbt...

Masa dok belek-belek fanpage facebook library, saya terpandang satu citer..  Camnie citernya... 


No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

So, apa pendapat awak..? Kesian budak runner nie, tak pasal-pasal kena marah dengan orang yang beremosi lebih.. Saya ingatkan perempuan jea mempunyai emosi yang lebih-lebih, tapi si suami lagi lagi kuat emosinya.. 

For the truth, saya memang penah dapat mesej begini, bertubi-tubi mesej masuk macam machine gun, tak berpeluang langsung nak terangkan.. Saya pun bagi salam dan terangkan keadaan sebenarnya..

Dan, yea memang betul sahabat-sahabat saya kebanyakan di kalangan isteri orang dan saya memang sering mengganggu mereka, ganggu mereka dalam urusan rasmi pejabat, tapi dalam masa yang sama mereka jugak sering mengganggu saya... hihihi camne tue..?

P/S : Kredit gambar pada fanpage Kini Trending



Sanah Helwah, Kak Ayu

..•.¸¸•´¯`•.¸¸.ஐ [Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Roshayu Muhamad, Allah selamatkan kamu] ஐ..•.¸¸•´¯`•.¸¸.

starlavenderluna.blogspot.my

Sanah helwah kak Ayu.. Sakinah Mawaddah Barakah Warahmah.. Hari nie secara kebetulan pulak, hari lahir sahabat saya yang tersayang, Kak Ayu dan inilah citer  kelakar berlaku pada hari nie..

Selalunya kalu di hari lahir, kita akan membeli kek pada yang diraikan, betul tak..? Tapi kak Ayu nie lain sikit orangnya, dia pulak yang membeli kek untuk sahabat-sahabat dia termasuklah saya.. Tapi saya punya kek special sikit.. Jeng..jeng..jeng...

starlavenderluna.blogspot.my


Inilah dia kek special tue.. hihi yang lain-lain jangan jeles yea.. Kak Ayu nie memang dah tau saya tak berapa gemarkan apa jugak jenis yang bercoklat, sebab tue dia belikan kek yang lain untuk saya.. Terharu dan segan rasanya pada dia sebab patutnya saya yang belikan kek untuk dia, tapi sebaliknya dia pulak yang belikan.. Siapa yang celebrate birthday sebenarnya nie..? hihihi

Anyway, terima kasih kak Ayu kerana sudi belikan kek untuk saya, memang terharu sangat-sangat.. Hadiah nanti boleh tuntut yea.. hihi

starlavenderluna.blogspot.my


Selamat hari lahir kak Roshayu Muhamad.. 


Perbarisan Tahunan JBPM 2017

Assalamualaikum wbt..

Selamat tengahari dan selamat menunaikan solat Zohor kepada awak suma.. Semalam saya bagitau kat awak yang ada majlis raptai perbarisan tahunan JBPM dan hari nie selesailah upacara majlis perbarisan tahunan JBPM.. 

Starlavenderluna's Journal Of Life

Seperti biasa, Datuk Wira Haji Wan Mohd Nor Bin Haji Ibrahim, Ketua Pengarah JBPM memberi ucapan amanat kepada semua anggota bomba dan staf sokongan.. Memandangkan staf sokongan Bahagian Pengurusan terlalu ramai, jadi hanya sebilangan kecik jea yang beratur kat situ, yang lain-lain berada di pentas bersama-sama dengan pegawai-pegawai kanan JBPM (termasuklah saya).. hihi nasib baik jugak la sebab pagi tadi cuaca amat cerah sekali dan mentari menyinari dengan penuh semangat.. 

Selesai majlis perbarisan, acara makan-makan pun berlangsung dan menu pagi tadi adalah nasi beriani, ayam masak merah, kari kambing (MENU WAJIB DI JBPM), buah-buahan dan air minuman.. Tapi maaflah takde gambar yang nak dipersembahkan sebab masing-masing tengah lapar gilerr.. hihihi..

Yang sempat ambik gambar adalah ini..

Starlavenderluna's Journal Of Life

Kan.. Nampak tak cahaya mentari yang menyinari dengan penuh semangat..? 

Dan sekarang tamatlah majlis perbarisan tahunan di Ibu Pejabat, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dan majlis nie berlangsung serentak di semua Ibu Pejabat JBPM Negeri dan Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia di seluruh negara..