✿Sahabatku✿

Follow

Wednesday, August 12, 2015

Alhamdulillah... Masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan...

Assalamualaikum... Syukran Jazilan kepada semua rakan-rakan di atas ucapan dan doa awak semua... Kini, saya berusia 33 tahun dan masih diberi peluang oleh Allah untuk meneruskan kehidupan yang serba indah ini...

33 tahun saya mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran hidup, suka dan duka dalam kehidupan membuatkan saya menjadi lebih matang dalam apa jua keadaan..Dan menyusul selepas itu, saya akan menginjak 13 tahun dalam perkhidmatan sektor kerajaan, Insha Allah... Alhamdulillah, rasa bersyukur sangat sebab Allah sayangkan hamba-hambaNya dan Dia tak pernah walau sesaat untuk melupakan kita semua... Benar kata orang, setiap penderitaan yang kita alami akan Allah gantikan dengan kebahagiaan berlipat kali ganda, dan orang yang pertama sekali bagi doa ucapan ulang tahun adalah suami tercinta dan diikuti oleh ahli keluarga.. Muahhh... Love you all... Saya jugak mendoakan agar awak semua dilindungi oleh Allah, semoga kehidupan kita semua akan dirahmati dan diberkati oleh Allah, diberikan kesihatan yang baik dan sejahtera...

 
Image result for congrats graphics
 Oh ya! Saya nak ucapkan tahniah kepada rakan-rakan seperjuangan kerana dapat kenaikan memangku S22 dan KUP S22, dan watikah pelantikan akan dilakukan pada hari esok di PNM.. Tahniah sekali lagi kepada rakan-rakan yang berjaya dan selamat maju jaya di tempat kerja yang baru.. awak semua akan mengalami suasana dan persekitaran yang baru tak lama lagi, dan berdoalah jugak agar saya juga dapat menjawat jawatan KUP... hehehe aritue  saya memang dapat offer untuk jawatan memangku tapi saya tolak sebabnya dengar citer kekosongan hanya ada di negeri Sabah dan Sarawak saja, jika saya masih bujang trang tang tang lagi, mungkin saya akan pertimbangkan, tapi bila dah kawin nie agak susah nak menerimanya..tambahan pulak saya dah beli rumah kat Salak Tinggi, lagi lah berat hati nak tinggalkan rumah dan bagi sewa pada orang, sayang wooo kerana itulah hasil titik peluh saya dengan keizinan Allah untuk mendapatkan sebuah rumah teres setingkat... 

Inilah wajah-wajah kesayangan hamba, cuma ada sorang lagi adik ipar tak dimasukkan dalam edisi bergambar nie, sebab dia sememangnya susah nak bergambar, macam kakak iparnya jugak... saya sebenarnya tak suka sangat nak bergambar dan berposing pelbagai gaya, kalu awak tak caya,boleh bertanya pada semua families saya... And once again, thank you for all your wishes and doa for me... 

 






 
Share:

4 comments:

  1. Sanah helwah kak Shikin...

    ReplyDelete
  2. Selamat hari lahir

    ReplyDelete
  3. Hepi belated besday my sis...

    ReplyDelete
  4. happy birthday kakak..semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki <3

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧