Buruk betul perangai manusia sekarang!!

Monday, August 17, 2015


Assalamualaikum,
Napalah sikap pemandu sekarang seperti 'kurang asam garam' ? awak nak tau petang tadi masa kami nak balik dari kerja,kami nyaris-nyaris dilanggar oleh sebuah kereta viva berwarna putih..Penyebab utama, MAIN TELEFON BIMBIT SAMADA WHATSAPPS or so whatever... panas jea hati nie bila tengok seorang wanita muda sedang asyik membelek telefon sambil bawak kereta...mulalah keretanya kejap kiri kejap kanan, dah lah duduk line tengah...adoiii...

Tolonglah pada suma rakan-rakan, nak tengok mesej ke apa ke, tak boleh ke berhenti di tepi jalan atau balik rumah boleh belek selama mana yang boleh!! kalu tak menyusahkan orang takpelah jugak atau jalan tue memang takde orang langsung... nie dahlah jalan di sini pelbagai cara pemanduan kita boleh tengok... bertambah sakit jiwa bila dah sampai kat simpang empat trafik light Dengkil, ada jea kereta yang cuba potong Q... adoii bertambah buruk sikap pemandu Malaysia sekarang, lagi memalukan bila ada teksi atau limosin KLIA cuba memotong Q atas alasan ingin menghantar pelanggan yang mungkin terlambat dalam flight masing-masing... Lagi memalukan bila pelanggan tersebut merupakan pelancong asing yang datang bercuti atau urusan rasmi ke sini... So bad attitude!!! 

 
 

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧