Monday, September 07, 2015

"Bestie Forever" Segmen By Jejak Jutawan Senyap

Assalamualaikum...

Pengalaman yang tak boleh saya lupakan tentang "bestie" nie yang dipanggil Kak Ayu adalah masa kami pergi kursus bina insan di Ipoh, Perak, hanya kami berdua saja yang bertugas di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, manakala peserta lain pulak adalah di kalangan staf Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.. Masa aktiviti berkumpulan, kami dikehendaki bersalam-salaman dan bermaafan oleh fasilitator dalam acara bermaafan antara rakan-rakan..

Kami lihat ramai di antara mereka menangis bermaaf-maafan antara satu sama lain, yang tak menangis cuma saya dan Kak Ayu saja yang tidak menangis, sebabnya takde sebab untuk kami mintak maaf dengan staf yang berlainan jabatan... Yang paling bestnya, saya cuma pandang Kak Ayu, dan Kak Ayu pandang saya, cuma nak tergelak sebab kami 'TERPAKSA' mintak maaf antara satu sama lain padahal memang kami takde kesalahan pun... Sejak daripada tue, hubungan kami agak rapat dan seandainya salah sorang dari kami tak hadir ke opis kerana cuti sakit atau cuti rehat, pasti kami akan call untuk bertanya khabar, malah kami takkan pergi kursus seandainya salah sorang daripada kami tak dapat panggilan kursus tersebut...

4 comments:

  1. HEHE. Korang sweet! Moga hubungan ni kekal hingga jannah.

    goodluck dear :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah! Anda menang segmen JJS
    http://abrarnetwork.blogspot.my/2015/10/pemenang-segmen-bestie-forever-by-jjs.html

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧