✿Sahabatku✿

Follow

Wednesday, September 13, 2017

Mesin jualan automatik yang unik hanya di negara Jepun


Assalamualaikum wbt...
Selamat pagi suma..! Pagi yang ceria dengan perut yang kekenyangan.. Pagi nie saya nak citer pasal mesin jualan automatik atau dalam bahasa omputih vending machine.. Mesin nie memang boleh nampak di kaki lima bangunan ataupun di tepi jalan, malah saya pernah ternampak kelibat mesin nie di sebuah sekolah menengah.. 

Biasanya barang yang dijual berbentuk makanan dan minuman tapi awak tau kat Jepun mempunyai mesin jualan automatik yang menjual barangan selain daripada makanan dan minuman dan ianya memang unik sangat.. Nak tau apa barangan dijual pada vending machine nie.. Jom...


Related image

Mesin jualan automatik (payung)
Ianya antara barangan yang wajib yang sering dibawa oleh orang Jepun. Tak kira lelaki ke perempuan ke tua ataupun muda, semuanya mempunyai payung mereka sendiri. Bagi orang Jepun, berkongsi payung dengan orang lain adalah satu perkara yang tak wajar dilakukan. Oleh yang demikian, mereka lebih suka menggunakan payung sendiri dan kebiasaannya mereka enggan berkongsi payung dengan orang lain. Makanya, di sana turut mempunyai mesin jualan automatik yang menjual payung. Mesin ini biasanya terletak di sekitar stesen kereta api untuk memudahkan sesiapa ingin membelinya ketika hujan.

Image result for vending machine fruit

Mesin jualan automatik (buah-buahan segar)
Biasanya kita melihat mesin jualan automatik yang menjual barangan yang boleh tahan lama. Namun trend tersebut kini dah berubah kat Jepun, iaitu trend mesin jualan yang menjual buah-buahan segar. Jika kita pergi ke bandaraya Tokyo, kita akan dapat melihat mesin yang menjual buah-buahan segar di Stesen Shibuya, Tokyo. Inovasi mesin nie bukan hanya menjual buah segar, malah turut menjual jeruk sehinggalah kepada telur. Barangan ini biasanya akan diganti setiap hari, jadi walaupun barangan ini ada dalam mesin jualan, pasti barangan ini akan terjamin kesegarannya.

Image result for vending machine underwear japan

Mesin jualan automatik (seluar dalam)
Mesin ini mungkin antara paling unik yang ada kat Jepun. Harga yang ditawarkan untuk sehelai seluar dalam yang dijual antara ¥1000 sehingga  ¥3000 yen dengan pelbagai jenis rekaan dan warna. Andai kata, awak berada dalam keadaan yang terdesak dan kedai pun dah tutup, awak boleh cuba beli kat mesin nie walaupun harganya memang agak mahal jika dibandingkan dibeli kat kedai.

Image result for vending machine origami

Mesin jualan automatik (origami)
Bagi orang Jepun, origami bukan hanya sekadar kesenian, tetapi ianya sering menjadi buah tangan ketika bertamu di rumah orang, kadang-kadang origami dijadikan sebagai buah tangan ketika menjenguk orang sakit. Maka, terciptalah mesin jualan yang menjual origami dan mesin nie boleh didapati kat Wilayah Ehime. Kat dalam mesin nie, awak boleh dapat pelbagai origami yang dibuat oleh master seni melipat kertas nie. Unik kan..

Share:

8 comments:

  1. Mesin jual seluar dalam paling pelik sekali. Hehe

    ReplyDelete
  2. Jepun selalu ada idea yg kita tak pernah terpikir kan. Sebab tu mereka advance dlm bab sains teknologi dan matematik.

    ReplyDelete
  3. Mesin jual seluar dalam?? First time dengar..hehehehe

    ReplyDelete
  4. depa mmg mcm2 jual ade yg jual patung pon ade

    ReplyDelete
  5. dekat sana mcm² kan...
    klu buat dekat Malaysia ni...
    risiko kecurian tinggi..huhuhu

    ReplyDelete
  6. baru tahu orang Jepun buat origami sebagai buah tangan. No wonder lah selalu nampak dalam rumah mesti ada origami

    ReplyDelete
  7. hehehe mesin jual suau dlm pun ada ekk..

    ReplyDelete
  8. Eh mesin jual seluar dalam pun ada ke.. Hahahaha.. First time tengok

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧