Tuesday, September 26, 2017

♥Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia♥

http://www.sofinahlamudin.com/p/segmen-suai-kenal-blogger.html

Assalamualaikum wbt...
Awak, kali nie segmen yang saya join nie agak berbeza sikit, di mana kita boleh berkenalan dengan blogger-blogger seluruh Malaysia, baik orang Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak.. Semua pun boleh join segmen nie..

Segmen nie senang jea, awak.. Apa yang diperlukan adalah kita citer aje kisah diri kita, isi borang yang disediakan dan publish…  Tapi citer kisah diri tue kena melebihi 200 patah perkataan.. All the best..! Fighting..

Nama saya yang sebenar adalah Wan Nur Ashikin Binti Razali a.k.a. Shikin Razali.. Umur saya 35 tahun (tahun 2017), berasal daripada Kuala Terengganu, sekarang menetap di Salak Tinggi, Sepang. Dah berkahwin dengan orang Sungkai, Perak, yang dikenali sebagai Shahril… Anak sulung dari lima beradik dan dua darinya tinggal di Kuala Lumpur, dua lagi tinggal di Kuala Terengganu, bersama-sama dengan ummie tersayang..

Saya berkhidmat sebagai seorang Pembantu Pustakawan Gred S22 di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan dah berkhidmat selama 15 tahun dalam perkhidmatan awam.. Selain itu, saya jugak merupakan seorang perawat urut terapi buang angin bagi wanita muslimah di kawasan Salak Tinggi dan sewaktu dengannya.. Nak  tahu lebih lanjut, boleh tengok ➨ SINI..

Seorang yang obses dengan makanan berasaskan kentang, jagung dan sayur-sayuran..  Kalau tak berjumpa nasi dalam seminggu pun takpe asalkan tiga makanan tue berada dalam menu saya, dah memadai.. Jika saya makan kat sesebuah kedai tue, kalau menu yang disediakan takde berasaskan sayuran, maka saya akan mencari kedai makan yang lain kecuali jika tiada pilihan yang lain.. Tapi menu-menu yang lain saya suka jugak seperti nasi dagang, nasi minyak, nasi ayam dan makanan yang kena pada selera saya.. Kalau dah makan mesti nak minum kan.. Pilihan saya untuk dijadikan minuman adalah  90 peratus minum air masak, tapi minum jugaklah yang manis-manis, seperti susu kacang soya, Dutch Lady perisa kopi, air yogurt dan jus buah-buahan..

Seorang peminat dan menyayangi kucing, setakat nie dah 30 ekor dah saya bela tapi sekarang yang tinggal hanya 3 ekor, yang lain dah mati ataupun kena ambik dek orang lain.. Kucing-kucing nie diberi gelaran sebagai askar wataniah sebab  mereka suka sangat menghalau kucing-kucing lain yang lalu di kawasan rumah saya, baik jantan mahupun betina, suka menjaga sempadan kawasan rumah hingga memang takde seekor kucing jiran yang lain yang berani masuk kawasan rumah saya.. Kalau masuk jugak, alamatnya memang berperanglah mereka… hihihi…

Tentang keperibadian saya pulak, saya nie boleh dikatakan agak pemalu pada permulaan perkenalan tapi bila dah lama-lama, saya akan menjadi rancak bersembang (bukan becok yea).. Seorang yang amat berdikari, seorang yang berani dan amat sukakan kedamaian..

Amat gemar menonton movie genre seram, komedi dan romantik Islamik, siri anime dan kartun, mendengar muzik, menulis jurnal / blog dan, membaca dan mewarna.. Sebut pasal menonton movie genre seram nie, kan saya ada sebut pasal berani, kan.. Saya rasa puas bila menonton movie seram pada waktu tengah malam dengan berlatar belakangkan cahaya lampu yang malap.. Baru ada feel nak menontonnya, betul tak..? Anime dan kartun tue pulak saya memang tengok semuanya, hingga mempunyai koleksi siri-siri seperti Ultraman, Super Sentai, Doraemon, Shin Chan, Sailormoon, Upin Ipin dan Naruto… Boleh dikatakan setiap hari saya akan menonton siri nie walaupun diulang banyak kali..

Mula menulis jurnal nie sejak tahun 2010 yang pada mulanya saya membina blog untuk library JBPM.. Sebenarnya saya mempunyai satu lagi jurnal tapi saya private kan , sebab kisah-kisah saya yang terlalu peribadi untuk dipertontonkan orang..

Berbekalkan motto yang saya pegang selama ini, "TRUE LOVE WITH THE BLESS, TRUE BLESS WITH ALLAH".. 

Matlamat..? Sebagai umat Islam, sememangnya kota suci Makkah Al-Mukarammah dan Madinah Al-Munawarrah menjadi destinasi impian saya, selain tue saya teringin nak menjejakkan kaki ke negara Jepun.. Dan masih cuba berusaha untuk memujuk cik abang untuk sertai kembali dalam seni persilatan yang telah lama ditinggalkan.. Sebab pada zaman sekarang kaum hawa perlu mempelajari seni bela diri nie agar selamat berada di mana-mana saja, kerana bahaya pada keadaan sekeliling terlalu besar.. Mana-mana pun kita pergi dah tak selamat, betul tak..? Awak doakan agar suami lembut hati, yea.. Hihi

Okey,itulah saja kisah diri saya..

Untuk menyertai Segmen ini,


19 comments:

  1. banyakknya kucing pernah bela!orang kata kalau seorang tu suka kucing, dia seorang yang penyayang & manja..betul ke?hehe

    ReplyDelete
  2. :-)

    nice knowing u.
    bff ye. satu hari nanti kita bersua ye.

    ReplyDelete
  3. All the best kak!
    Lama dah akk mula berblog.lbh krg sy jgk. Cuma byk entri di drafkan sebab terlalu peribadi.hee

    ReplyDelete
  4. vegiterian, cat lover... hehehe....

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum kak. Terima kasih kerana sudi menyertai segmen saya. Tak sangka akak minat anime walaupun minat horor. hehehe... Selamat berkenalan.. :)

    ReplyDelete
  6. Peserta / Bloglist dan sehingga 31 Disember 2018 : http://www.sofinahlamudin.com/p/suai-kenal.html

    ReplyDelete
  7. Hai..berkenalan kita lagi :)

    http://www.azhafizah.com/2017/09/segmen-suai-kenal-bloggers-seluruh.html

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum kak, saya membalas kunjungan akak...wahhh..sama la, sy ada kucing juga..sekarang dah beranak dua ekor ibu kucing kat rumah..haha tp akak hebatlah sebab berani tengok filem seram..sy paling penakutt..

    ReplyDelete
  9. Menarik segmen ni.. Harapnye dpt join jugak nanti..

    ReplyDelete
  10. Yeay geng cat lover <3 Patutlah serasi sy rasa dgn akak. haha. Apapun,semoga terpilih kak.

    ReplyDelete
  11. SEGMEN SUAI KENAL BLOGGERS SELURUH MALAYSIA
    1. Pengumuman ke-4 = http://www.sofinahlamudin.com/2017/11/pengumuman-4-segmen-suai-kenal-bloggers-seluruh-malaysia.html
    2. Selamat berkenalan = http://www.sofinahlamudin.com/p/suai-kenal.html

    ReplyDelete
  12. jeles orang bela kucing banyak2. kita nak dekat ngan kucing pun takut. tapi suka tengok gmbar2 kucing. cuma xberani pegang je.

    https://gadistudungbunga.blogspot.my/

    ReplyDelete
  13. Salam perkenalan dan all the best!

    http://www.elihjapahar.com/2017/11/segmen-suai-kenal-bloggers-seluruh.html

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧