✿Sahabatku✿

Follow

Pelbagai resipi


Assalamualaikum wbt.. Entri nie saya buat khas untuk tatapan awak suma, mana tahu kot-kot resipi saya nie memberikan awak satu idea untuk masakan dan hidangan pada keluarga tersayang... So, kat sini saya nak kongsikan beberapa resipi pelbagai pada awak.. Sumber-sumber gambar ini adalah dari saya sendiri dan jugak encik google..






Salad Ubi Kentang (RESIPI SENDIRI)

http://starlavenderluna.blogspot.my

Bahan-Bahan : 
Ubi kentang (direbus hingga empuk @ letak secubit garam)
2 ke 3 biji buah strawberi
2 biji epal hijau @ merah
10 biji tomato ceri
Nanas dalam tin (dihiris nipis@besar)
Mayonis dan serbuk lada sulah

Cara Penyediaan : 
Setelah ubi kentang masak, masukkan semua bahan-bahan tadi di dalam mangkuk (termasuk mayonis dan serbuk lada sulah). Kemudian, kacau hingga sebati (p/s : kena kacau cepat2 sebab kalau ubi kentang itu sejuk, mayonis akan jadi berketul2...).. Then, sudah siap salad ubi kentang... Selamat menjamu selera..


Resipi ayam masak stew

http://starlavenderluna.blogspot.my

Bahan-bahan : 
Setengah ekor ayam (ikut suka awak nak potong camne)
1 ulas bawang holland (potong empat)
3-4 biji bunga cengkih
1 kulit kayu manis
2 sudu serbuk maggie secukup rasa
2 biji ubi kentang (potong empat)
2 biji lobak merah
Sedikit lada sulah
Sedikit tepung jagung (dibancuh dengan air untuk tujuan memekatkan stew)

Cara masak : Goreng ayam tanpa garam dengan kadar separa masak. Kemudian angkat dan ketepikan. Dengan mengunakan minyak yang sama semasa goreng ayam, gorengkan bawang holland, bunga cengkih dan kulit kayu manis sehingga naik bau. Masukkan air, ayam yang dah digoreng, ubi kentang. lobak merah, lada sulah dan serbuk maggie secukup rasa dan tunggu sehingga mendidih.. Setelah mendidih, masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan air kemudian kacau sebati. Kemudian, kecikkan api dan renehkan dalam masa 15 minit atau sehingga ayam itu masak sepenuhnya.. Angkat dan hidangkan dengan nasi ataupun roti.

Resipi karipap roti

http://starlavenderluna.blogspot.my

Bahan-bahannya :
Sebungkus roti Garniea

Inti :-
3 biji telur
Lada sulah
Garam secukup rasa
Sebiji bawang kuning (mayang halus)

Cara buat/masak :-
Inti karipap roti
Pecahkan telur, letakkan garam kemudian campurkan bawang yang telah dimayang halus. Pukul telur tersebut. Panaskan kuali dengan api sederhana. Tuangkan minyak dan kacau telur dengan perlahan hingga hancur. Angkat telur hancur tadi kemudian taburkan lada sulah.

Kulit karipap roti
Ambil sekeping roti. Letakkan di atas acuan karipap. Isikan inti yang telah dimasak tadi. Tekapkan dengan acuan. Goreng dalam minyak yang panas selama 1-2 minit sahaja. Angkat dan toskan. Jangan menggoreng terlalu lama kerana roti cepat menyerap minyak. Sedia dihidangkan.
Resipi kerabu sotong

http://starlavenderluna.blogspot.my

Bahan-Bahan :-
5 ekor sotong rebus (hiris bulat)
1 batang kacang panjang (hiris kecil-kecil)
1/2 batang bunga kantan (hiris kecil-kecil)
1 biji tomato (hiris kecil-kecil)
1 sudu teh garam
2 sudu teh kicap sotong
1 sudu air limau nipis

Cara membuat :  
Gaulkan semua bahan di dalam mangkuk dan sedia dihidangkan.


Resipi tart roti telur

http://starlavenderluna.blogspot.my

Bahan-bahan :-
6 keping roti gardenia - potong kulitnya
*1/2 batang lobak - disagat halus
3 keping keju cheesedale - dipotong memanjang
6 biji telur saiz C
* 4 keping isi ketam - potong memanjang
Nota : Bagi yang bertanda (*) awak boleh gantikan dengan sayur yang lain contohnya hirisan kobis dan sebagainya, jugak awak boleh gantikan isi ketam dengan hirisan hotdog atau isi ayam yang sudah direbus.

Cara membuat : Masukkan roti di dalam bekas loyang mufin yang telah disapu dengan sedikit marjerin supaya tidak melekat dengan membuat bentuk shell mufin. Kemudian, lapisan pertama masukkan lobak yang disagat, lapisan kedua adalah keju cheesedale dengan meletak secara bersilang, lapisan ketiga adalah telur yang dipecahkan tanpa memecahkan kuning telur, dan lapisan terakhir isi ketam yang dipotong memanjang, disusun secara bersilang. Kemudian bakar tart tadi di dalam oven bersuhu 250 darjah celsius atau sehingga telur dimasak. Sedia dihidangkan.

Resipi popia pisang

http://starlavenderluna.blogspot.my

Bahan-bahan : 
10 keping kulit popia
10 biji pisang emas
Sedikit tepung jagung (untuk gam kulit popia) dicampurkan dengan beberapa titik air
Minyak masak untuk menggoreng
Sos coklat untuk hiasan

Cara-cara menyediakannya : Buang kulit pisang, kemudian gulung kulit popia dengan pisang. Gam di hujung penjuru dengan tepung jagung. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan. Apabila popia sejuk, paipkan sos coklat di atasnya.



Resipi roti telur


Bahan-bahan : 
Roti gardenia (potong 4)
Telur (bergantung pada banyak mana roti, kalu saya buat satu buku kecik, jadi telurnya saya ambik dalam 4 biji)
1 labu Bawang holland / besar (mayang halus)
Sedikit marjerin (saya lebih suka guna marjerin jenama pelangi)
Sedikit garam dan perasa

Cara masak : Masukkan marjerin dan goreng bawang yang dimayang tadi..bila dah berbau wangi, masukkan telur dan goreng telur secara hancur...setelah itu masukkan roti, garam dan perasa...goreng roti tersebut hingga nampak seperti garing tapi jangan terlampau garing... sedia dihidangkan...

p/s : maaf 😋 takde gambar disertakan sebab dah habis makan dah.. hihihi nanti bila saya buat lagi, saya akan upload kan gambar yea...😋😅


Resipi 3 minit kek milo (kredit to Asmaliza Fifie Ahshari)

http://starlavenderluna.blogspot.my

Bahan-Bahan :
4 sudu besar milo
4 sudu gula kastor (boleh kurangkan kuantiti jika tak suka manis)
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar susu segar
4 sudu besar minyak masak
Sebiji telur
1 1/2 sudu kecik baking powder
Kepingan badam ( optional hiasan yang awak suka)

Cara memasak : 
Masukkan semua bahan kecuali bahan untuk hiasan) ke dalam sebuah mangkuk atau bekas yang muat untuk dimasukkan di dalam microwave. Gaul semua bahan itu sehingga sebati. Kemudian masukkan bahan tadi ke dalam microwave dan bakar selama 3 minit. Setelah masak, keluarkan kek tadi dan taburkan kepingan badam yang telah dicincang kasar. Sedia untuk dihidangkan.. 



Resipi sagun ( Jajan orang Terengganu)

http://starlavenderluna.blogspot.my

Bahan-bahan :
600gm tepung beras
1 biji kelapa parut
3 biji putih telur
250ml air dicampur sedikit garam

Cara memasak :  Kelapa digoreng tanpa minyak hingga kuning. Kemudian gaulkan dengan tepung beras. Tuangkan air garam dan putih telur sedikt-sedikit. Gaulkan hingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan kedalam kuali dan masak hingga garing. Awak boleh masukkan sagun ini dalam plastik aiskrim ataupun kon kertas. Sedia dihidangkan..

Resipi sup ikan salmon

Image result for sup ikan salmon

Bahan-Bahan :
3 kepingan ikan salmon (tapi ikut suka hendak banyak mana bergantung pada kebesaran periuk)
2 labu bawang Holland (dimayang)
2 ulas bawang putih (dimayang halus)
4 biji ubi kentang (dipotong empat)
Daun bawang
1 sudu besar minyak zaitun (tapi boleh pakai mana-mana minyak masak)
Sedikit air
Sedikit perasa Maggie Cukup Rasa
Sedikit lada sulah

Cara Masak : Panaskan minyak terlebih dahulu dan masukkan bawang Holland serta bawang putih yang telah dimayang dan tumiskan bawang tersebut sehingga wangi. Kemudian masukkan air dan kepingan ikan salmon, renehkan dalam keadaan api sederhana. Kemudian, masukkan ubi kentang yang telah dipotong, perasa Maggie Cukup Rasa dan lada sulah dan renehkan sup ini dalam keadaan api sederhana atau sehingga ubi kentang empuk. Setelah itu, taburkan daun bawang. Selamat mencuba.

*Tips : Kebiasaannya ikan salmon berbau agak hanyir. Untuk hilangkan hanyir, kebiasaannya saya basuh kepingan ikan salmon ini dengan menggunakan limau purut dan rendam bersama-sama air limau purut ini dalam 15 minit, Insha Allah hanyir ikan ini akan hilang dan berbau limau purut.

Resipi ayam masak kicap

Image result for ayam masak kicap


Bahan-bahan : 
Setengah ekor ayam (boleh dipotong mengikut selera awak)
Dua gelas air
Sedikit minyak (supaya ayam tidak melekat di kuali)
Kicap manis Cap Kipas Udang (ikut suka awak mahu pakai kicap apa tapi saya memang sedap guna kicap ini)

Cara Masak : Panaskan minyak ke dalam kuali dan apabila minyak dipanaskan, masukkan ayam sedikit demi sedikit dan kacau dengan rata bagi mengelakkan ayam ini melekat di kuali. Kemudian masukkan kicap manis Cap Kipas Udang dan kacau rata. Setelah itu, masukkan air dan renehkan dalam keadaan api yang sederhana. Ayam ini perlu dikacau selalu bagi meratakan kicap. Setelah kicap hampir kering, angkat ayam ini ke dalam mangkuk. Sedia dihidangkan dan boleh dimakan dengan nasi yang panas.



Resipi puding karamel telur

http://starlavenderluna.blogspot.my

Bahan-bahan :-

*Untuk sos karamel
1/2 cawan gula
1 cawan air

*Untuk puding
6 biji telur
1 tin susu cair
1/2 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila

Cara penyediaan :-
Untuk sos - Cairkan gula ke dalam kuali dengan api sederhana. Bila warnanya berubah keperangan, masukkan air dan kacau sebati. Kemudian, angkat dan letakkan ke dalam loyang puding nanti. 

Untuk puding : Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan kacau perlahan untuk mengelakkan buih pada bahan puding ini. Kemudian, tapiskan bahan ini dan masukkan ke dalam loyang yang berisi sos karamel. Kukus selama 45 minit. Setelah masak, sejukkan terlebih dulu sebelum diletakkan dalam peti sejuk. Sedia dihidangkan. 




Resipi cornflakes madu

http://starlavenderluna.blogspot.my

Bahan-bahan :-
5 cawan cornflakes
1/2 cawan golden syrup
1/4 cawan mentega
1/2 cawan susu pekat

Untuk hiasan
Paper cup secukupnya
Taburan manik atau ceri

Cara penyediaan : Masukkan cornflakes di dalam bekas dan hancurkan secara kasar. Kemudian, cairkan mentega di dalam kuali dengan menggunakan api sederhana. Apabila mentega dah cair, masukkan mentega di dalam bekas yang berisi cornflakes tadi. Kemudian, masukkan golden syrup sedikit demi sedikit dan diikuti dengan susu pekat, kacau sehingga sebati. Sudukan bahan ini ke dalam paper cup dan hiaskan dengan taburan manik. Bakar selama 10 minit dengan suhu 150 darjah celsius. Sedia dihidangkan. 



2 comments:

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧