✿Sahabatku✿

Follow

Bahagian 1


Assalamualaikum wbt... Page bahagian 1 nie saya buat khas untuk bacaan sipnosis buku yang telah saya baca, maklumlah saya nie dikategorikan sebagai ulat buku (eh..eh..yea ke? ahakss)... Check it out ladies... Tapi kebanyakan memang novel lah, ada jugak saya beli bahan bacaan yang lain, nanti saya citer satu persatu...





Tajuk : Mahar Cinta Cinderella - Maya Iris
Penerbit : PTS Media
Markah Bintang : 9/10
Novel nie mengisahkan seorang jururawat pelatih bernama Nur Sayang yang bertemu dengan seorang doktor berbangsa cina bernama Dr. Andrew dalam keadaan seperti cerita dongeng cinderella.. Kerana doktor muda itu pernah menyelamatkan Nur Sayang dengan sepasang kasut tapi dalam masa yang sama Nur Sayang membenci doktor muda itu sebab doktor muda tue selalu menggelar dirinya 'Islam Celup'.. 

Dalam masa yang sama jiwa Nur nie tertekan bila perkahwinan dia dengan Kamil tunangannya asyik tertangguh.. Lepas tue muncul pulak Dr. Ehsan dalam hidupnya setelah Dr. Andrew menghilangkan diri kerana gagal memurtadkannya tapi sebenarnya Dr. Ehsan dan Dr. Andrew adalah orang yang sama..Dr. Ehsan melamar Nur untuk menjadi permaisuri hidup tapi ditolak mentah-mentah oleh gadis comel tue.. Dr. Ehsan kecewa sangat-sangat dan bawak diri ke Palestin, manakala Nur pulak melanjutkan pelajarannya ke Mesir bagi merawat hatinya yang luka... Citer nie memang best sangat-sangat sebab ada unsur-unsur Islamik sikit dan ada terselit sikit pasal revolusi gulingkan kerajaan Mesir... Lepas tue, sama macam dongeng Cinderella, Nur dan Dr. Ehsan dapat hidup bahagia bersama.. 


Tajuk : Jangan Sebut Namaku - Noorfadzillah
Penerbit : Buku Prima
Markah Bintang : 9/10
Novel nie macam kisah seram tapi sebenarnya takdelah seram manapun.. Mengisahkan dua orang gadis bernama Engku Aleeyah dan Isabella yang berebut dengan seorang jejaka tampan bernama Luqman. Satu hari sewaktu mereka berkhemah di Hutan Kasawari, Isabella tiba-tiba hilang entah ke mana.. Lima tahun kemudian, sewaktu mereka mengadakan reunion, sorang demi sorang kawan-kawan Engku Aleeyah dan Luqman hilang hingga menimbulkan kebuntuan pihak polis, apatah lagi kemunculan sorang gadis bernama Fatimah Az-Zahra yang memberi maklumat yang tak logik menambahkan lagi kekusutan kes. Saya pun dah lupa macamana ending kisah nie, tapi novel nie memang best giler, tambahan pulak saya memang minat novel yang berunsurkan Islamik dan seram... hehehehe


Image result for awas bila hati dah sayang

Tajuk :  Awas! Bila Hati Dah Sayang - Tinta Biru
Penerbit : Karya Seni
Markah Bintang : 10/10
Novel nie adalah hasil karya yang pertama penolong pustakawan saya, Pn. Jamilah Sailillah atau nama penanya Tinta Biru.. Syafiqah watak utama dalam novel nie, mempunyai dendam dan dalam masa yang sama merindui secret admirer dia yang bernama Khairil.. Khairil nie teman sekolah Syafiqah tapi sering membuli dan mengejek Syafiqah sebab masa tue dia berbadan besar dan menyebabkan Syafiqah membuat keputusan drastik untuk menguruskan badannya dan membalas dendam pada Khairil.. Ikram pulak watak kedua dalam novel nie berperanan sebagai bos di tempat kerja Syafiqah.. Pada mulanya Ikram tidak menyukai gadis itu dan ada saja yang tidak kena di matanya tapi lama kelamaan perasaan sayang itu muncul sedikit demi sedikit.. Kemudian bila Khairil mula jatuh hati pada Syafiqah, berlakulah perebutan antara kedua-dua orang pemuda ini dan tambah kusut bila bekas teman wanita Ikram Amalina kembali menagih cinta Ikram... Seperti kisah dongeng cinta, akan ada kebahagiaan antara Syafiqah, Ikram, Khairil dan Amalina.. 

 




Tajuk : Ungu Karmila - Ramlee Awang Murshid
Penerbit : Alaf 21
Markah Bintang : 8/10
Sebuah vila dibina seperti kisah Taj Mahal, tapi satu kejadian yang ngeri telah berlaku.. Sejak beberapa tahun ditinggalkan, seorang pemuda yang bernama Jikon telah memasuki vila ini yang dikatakan berhantu dan akhirnya dia menjadi korban yang pertama.. Selepas itu, seorang gadis bernama Ema pula, secara diam menyiasat apa yang sebenarnya berlaku pada vila nie, dan banyak lagi yang terbongkar di sebalik kejadian yang ngeri beberapa tahun yang lalu.. Novel Ramlee Awang Murshid nie memang terkenal dengan ending yang membuatkan kita tertanya2... Sapakah pembunuhnya? Apa yang berlaku seterusnya? Novel nie saya baca 2 kali sebab nak memahami isi kandungannya.. hehehe maklumlah otak dah beku dan susah nak hadam apa maksud tersirat di sebalik novel Ungu Karmila nie... 





Tajuk : Biografi Agung Rasululllah Sallallahu Alayhi Wasallam - Rusydi Ramli Al-Jauhari  
Penerbit : Mustread
Markah Bintang : 10/10
Buku nie saya memang suka sangat sebab ianya lengkap jalan ceritanya, dari sebelum Rasulullah SAW hingga wafatnya baginda... Dalam buku nie jugak ada pelbagai ilustrasi gambar yang menarik seperti kasut / sandal yang dipakai oleh Rasulullah SAW, baju, helaian rambut, pedang dan sebagainya.. Tak rugi beli biografi nie sebab ini saja yang kita tahu dan menyayangi Rasulullah SAW, kita mengetahui macamana Rasulullah SAW membawa agama Allah dan beriman kepada Allah, macamana Rasulullah dilayan sebagai seorang Rasul dan bagaimana jugak kehidupan Rasulullah di zaman itu.. Walaupun kita tak pernah melihat wajah Rasulullah, tapi melalui bacaan buku nie, kita seolah-olah mengenali Rasulullah dengan lebih dekat lagi.. 








Tajuk : Atlas Haji & Umrah - Sami Bin Abdullah al-Maghlouth
Penerbit : -
Markah Bintang : 10/10
Yang nie pun saya suka baca tapi tak habis lagi membacanya sebab saya memerlukan pemahaman yang lebih mendalam lagi pasal umrah dan haji.. Yealah, kita kena memahami betul-betul cara menunaikan umrah dan haji, barulah dapat keberkatan dan mabrur dalam menunaikan ibadah nie... Setiap orang Muslim mesti ada impian untuk pergi ke tanah suci Makkah dan mengunjungi Madinah, dan ianya adalah salah satu rukun Islam yang kelima, iaitu menunaikan haji ke Makkah jika berkemampuan.. Insha Allah, satu hari nanti, saya jugak akan pergi ke sana dengan izin Allah... Rasa seronok pulak bila mendengar sanak saudara dan sahabat yang telah pergi ke sana, dengan menunaikan ibadah dalam keadaan tenang dan selesa...  





Tajuk : Legenda Nabi Khidhir. Antara Fakta Dan Khayalan - Muhammad Khair Ramadhan Yusuf
Penerbit : PSN Publishers
 Markah Bintang : 10/10
Nabi Khidhir A.S. adalah satu nama yang tak asing lagi buat umat Islam, dan menjadi perbahasan dunia samada baginda masih hidup atau sudah wafat... Dalam Al-Quran dan hadis pun tak banyak menceritakan kisah baginda tapi kisahnya menjadi perbualan di kalangan ilmuan Islam.. Buku nie menceritakan tentang fakta dan khayalan mengenai Nabi Khidhir A.S. 




Tajuk : KIsah Haiwan Makkah Zaman Rasulullah SAW - Fatimah Syarha Mohd Noordin
Penerbit : -
Markah Bintang : 9/10
Buku nie memang sesuai sangat untuk anak-anak kita membaca, sebab banyak kisah dan teladan yang dapat dipelajari oleh anak-anak.. Buku nie saya beli masa Pesta Buku Antarabangsa tahun 2011 kerana saya pun meminati buku kanak-kanak dan tajuknya pun memang menarik perhatian saya.. Buku nie jadi perhatian adik beradik yang datang ke rumah dan mereka pun menyukai buku nie, walaupun berkisarkan haiwan tapi ianya lebih mengisahkan haiwan di zaman Rasulullah SAW... Tak rugi tau beli buku nie... 





Tajuk : Vila Amira Syakila - Ebriza Aminnudin
Penerbit : Buku Prima
Markah Bintang : 9/10
Saya tak tahu pun buku nie limited edition kerana ada sorang rakan saya yang mencari buku nie sudah tak diterbitkan lagi di pasaran... hehehe memang bertuah lah saya, kiranya nie spesis rare jugak lah kan...  Farra Amalina sorang penulis yang suka membuat karya berunsur mistik dan bila dia mendapat tahu tentang Vila Amira Syakila nie, dia membuat keputusan untuk menginap di situ.. Walaupun ramai di kalangan orang kampung dan sahabatnya membantah, Farra Amalina tak ambik kisah tentang hal tue, akibatnya dalam masa tiga hari kemudian, dia diganggu... Farra mula menyiasat apa yang sebenarnya berlaku di vila tue dan pelbagai perkara misteri keluar satu demi satu... 



Tajuk : Saya Tunggu Awak - Bonda Nor
Penerbit : Galeri Ilmu
Markah Bintang : 10/10
Satu lagi novel bercirikan Islamik yang saya miliki sekarang.. Novel nie mengisahkan seorang lelaki yang sanggup menunggu seorang wanita yang sudah berkahwin tapi dalam masa yang sama redha atas apa yang terjadi pada dirinya... Takdir Allah mengatasi segala-galanya dan takdir Allah jualah mereka berjumpa dan bersatu di alam perkahwinan.. Secara keseluruhannya novel nie memberi tazkirah yang cukup mendalam dalam diri pembaca, iaitu kita kena redha dan yakin dengan ketentuan Allah sebab kita hanya mampu merancang tapi Allah yang melaksanakan dan menentukan hala tuju kita seterusnya...  


 

Tajuk : Kapal Haji Dalam Kenangan - Yahaya Awang
Penerbit : Goodreads
Markah Bintang : 10/10
Buku nie saya pernah pinjam dan baca sebab tertarik pada tajuknya, iaitu Kapal Haji Dalam Kenangan. Zaman dulu, para jemaah haji pergi ke Makkah dengan menaiki kapal laut, sebab saya teringat citer P. Ramlee yang bertajuk Labu dan Labi, babak semasa Labu ingin meminang anak Haji Bakhil dan mengatakan nama dia adalah Haji Labu..Haji Bakhil menjadi pelik kerana setahu dia bulan depan berikutnya kapal haji baru nak belayar... Jadi, inilah kapal pengangkutan utama ke Makkah dan ianya telah diberhentikan perkhidmatannya pada tahun 1977 kerana perkhidmatan kapal terbang mengambil alih tugas... Dalam buku nie, diceritakan betapa susahnya orang dulu untuk menunaikan haji di Makkah, dan pelayarannya memakan masa sebulan pegi dan balik, jadi babak sedih sudah menjadi kemestian semasa menghantar sanak saudara ke Makkah, sebab mungkin ada di antara mereka tidak dapat pulang ke tanahair untuk selama-lamanya... Diceritakan jugak bagaimana jemaah haji membawa bekalan makanan daripada kampung untuk menjadi juadah mereka semasa belayar, dan bagaimana mereka berjumpa dengan masyarakat negeri lain dan mungkin bertemu jodoh di dalam kapal tersebut..Kabin kelas satu dan dua mempunyai bilik berkunci dan berhawa dingin, manakala kabin pelancong pula disediakan katil bertingkat yang bersaiz 31/2 kaki x 61/2 kaki tapi apa yang pasti golongan kaya dan miskin adalah sama saja.. Sebenarnya banyak lagi yang diceritakan di dalam buku dan rasanya rugi jika anda tak membacanya.. 


Image result for 40 hadis palsu popular

Tajuk : 40 Hadis Palsu Popular - Abdul Razak Muthalib
Penerbit : PTS Media
Markah Bintang : 10/10
Haa.. Yang nie memang patut dimiliki dan dibaca oleh semua umat Islam... Kita sering disajikan dengan hadis-hadis yang kadang kala kita cuma copy,paste, share saja di dalam laman sosial seperti facebook, whatsapp, wechat dan sebagainya tanpa kita sedar mungkin ianya adalah palsu.. Antaranya adalah :

- Menuntut ilmu hingga ke China 
- Kelebihan Solat Terawih 
- Talak Menggegarkan Arasy 
- Tidak Menziarahi Nabi Ketika Haji
- Solat Orang Yang Berkahwin Lebih Baik

Buku ini menerangkan dengan lebih terperinci tentang kepalsuan hadis-hadis tersebut... Rugi jika anda tak membacanya kerana ianya dapat meluaskan ilmu pengetahuan kita tentang hadis palsu dan kita tak sewenang-wenangnya menyebarkan hadis palsu...






Tajuk : Misteri Bahtera Nabi Nuh - Ahmad Iqram Mohammad Noor
Penerbit : PTS Media
Markah Bintang : 10/10
Yang nie pun salah satu buku kegemaran saya, walaupun berciri Islamik tapi ianya memang fakta.. Dalam internet pun ada diceritakan tentang penemuan sesuatu bentuk seperti bahtera di Gunung Ararat, Turki, samada betul atau tak wallahualam... Tapi ianya tak mustahil kerana banyak benda yang akan muncul dengan izin Allah... Nabi Nuh adalah antara Nabi Allah yang mempunyai usia yang panjang iaitu sekitar 950 tahun untuk menyebar agama Allah dan di zaman Nabi Nuh juga bermulanya sejarah menyembah berhala.. Buku ini juga menceritakan bagaimana kapal bahtera dibina, apa material dan bahan yang digunakan untuk membuat bahtera, dan bagaimana fenomena banjir besar dalam sejarah dunia..









Tajuk : Roh Rumah Sewa - Naim Tamdjis
Penerbit : Buku Prima
Markah Bintang : 7/10
Novel nie saya ingatkan seram sejuk tapi tak seram sejuk sangatlah, ceritanya selalu ada flashback daripada zaman berzaman dan 'ting' berbalik pada zaman nie...dua kali saya baca novel nie barulah saya memahami isi kandungan novel nie... Tapi okeylah jugak ovel nie, berkisahkan seorang guru yang baru bertukar sekolah dan tidak dapat mencari rumah sewa yang berhampiran dengan sekolah.. hanya dua buah rumah saja yang kekosongan tapi cikgu tue taknak duduk rumah yang berhampiran dengan kubur, akhirnya dia memilih sebuah rumah lama yang memang agak lama tak didiami oleh sesiapapun...Bukan diganggu oleh gangguan mistik, malah cikgu tersebut dicemburui oleh seseorang, perebutan antara gadis berketurunan orang asli... 








  



Tajuk : Cerita Satu Malam - Zaifuzaman Ahmad
Penerbit : Buku Prima
Markah Bintang : 5/10

Novel nie saya bagi markah rendah sikit sebabnya jalan ceritanya hampir sama dengan filem seram cina, The Haunted Office, Karen Mok, Shu Qi, Jordan Chan dan Stephen
   Fung.... SO SORRY FOR THE WRITER OF THIS NOVEL...


  


Tajuk : Mr. Right Selebriti - Ain Maisarah
Penerbit : Berita Harian 
Markah Bintang : 10/10
Nana Ilyana, dahulu popular sebagai The Wannababes di Sekolah Sri Bangsar. Kini usianya di penghujung 20-an, masih seorang diri tanpa berteman. Takde calon suami yang boleh dibawa untuk bertemu dengan keluarga.. Namun Nana tak menyangka yang jodohnya dipertemukan dengan cara yang berbeza, bukan bertemu di facebook, atau jalan TAR yang penuh sesak dengan manusia, tapi melalui rancangan realiti tv yang terkemuka.. Nana dipilih hingga ke pusingan kelayakan dan disitulah bermulanya pencarian isteri kepada seorang selebriti yang paling terkenal di Malaysia dan dia bakal menjadi rebutan 12 gadis yang menjadi peserta dalam rancangan realiti tv tersebut..

Untuk kali pertama, saya membaca buku Kak Ain Maisarah yang memang terkenal dengan penghasilan karya novel siri remaja.. Dan ianya memang awesome, rugi awak tak baca novel nie...



Merah Cinta Epal


Tajuk : Merah Cinta Epal - Ridha Reewani
Penerbit : Kaki Novel
Markah Bintang : 10/10
Kerana sebiji epal merah, hidup Irdina menjadi tunggang-langgang! Bak roller coaster yang bisa membuatkan jantung seakan-akan mahu melompat keluar dari badan.
Kerana sebiji epal merah, Ekhmal telah benar-benar jatuh cinta dengan gadis pujaan hatinya. Dan kerana sebiji epal merah jugalah mereka bertemu semula.
Kerana sebiji epal merah, Irdina terpaksa berlakon sebagai tunang Ekhmal. Pelbagai dugaan terpaksa dirempuhi. Dia terpaksa berdepan dengan mama Ekhmal, Puan Sri Hasmiza yang amat cerewet dan mementingkan darjat. Dia juga terpaksa berdepan dengan sepupu Ekhmal, Balkhis yang sepatutnya dijodohkan dengan Ekhmal. Dia juga terpaksa mengikut ‘rentak tarian’ Ekhmal yang amat spontan hingga hampir-hampir membongkar rahsia mereka berdua.

Tatkala Ekhmal dan Irdina benar-benar jatuh cinta, Hasmir hadir memusnahkan pelangi indah yang mewarnai hidup Ekhmal dan Irdina. Keadaan semakin keruh apabila Balkhis turut sama bersekongkol dengan Hasmir demi mendapatkan semula Ekhmal. Kehadiran Isma merumitkan lagi keadaan.

Bagaimanakah masalah yang berselirat ini dapat dileraikan? Bisakah Ekhmal dan Irdina menyulam cinta di mahligai bahagia? Hasmir… berjayakah dia menggapai cinta daripada Irdina? Balkhis… dapatkah dia merebut semula Ekhmal dari tangan Irdina? Puan Sri Hasmiza… dapatkah dia menerima Irdina sebagai menantunya? Apakah kaitan Isma yang tiba-tiba ingin mencampak Irdina ke lembah derita? Segala-galanya bisa terjawab dalam MERAH CINTA EPAL.

“Rasa cinta kita seperti manisnya epal merah.”
  

 

 

Tajuk : Jangan Baca Novel Ni - Ismi Fa Ismail
Penerbit : IFI Mystery
Markah Bintang : 10/10

Kenapa saya bagi markah sebanyak nie? Kerana memang tak rugi bila baca novel bergenre seram nie, tengok tajuk pun rasanya macam nak baca apa kisahnya kan...

Dalam perjalanan ke kampungnya,Munir terperasan seorang budak lelaki yang duduk berseorangan di halaman rumah yang nampaknya seperti tidak berpenghuni dan lama ditinggalkan. Setelah lama menunggu,Munir membuat keputusan untuk membawa budak lelaki itu yang bernama Adib. Adib sememangnya seorang budak yang pelik. Munir juga melihatnya sentiasa membawa dan membaca sebuah novel usang yang berwarna hitam dan tidak bertajuk. Pada suatu hari,Munir berkesempatan membaca novel itu. Kisah-kisah yang terdapat di dalam buku tersebut mengandungi beberapa kisah pendek yang menyeramkan. Namun,apa yang membuatkan Munir berasa pelik adalah terdapat beberapa kisah di dalamnya yang mempunyai perkaitan dengan orang-orang yang berada di sekelilingnya. Apakah yang sebenarnya yang berlaku? Adakah novel yang dibaca Munir itu sebuah buku yang telah disumpah?


 

 

Tajuk : Melodi Cinta - Ayuni Safira, Tinta Biru, Adah Hamidah, etc...
Penerbit : Karya Seni
Markah Bintang : 9/10

Mini novel nie dihasilkan oleh para penulis Karya Seni dan mereka gabungkan di dalam satu novel yang diberi tajuk Melodi Cinta..

Ayuni Safira – Zaraa Sofea (Adaptasi Ke Drama)
“Maafkan saya, Ayuni... Kalaulah awak tahu perkara sebenar, mesti awak akan benci saya sampai mati. Maafkan saya… saya tak ada pilihan…” 
Love Is Totally Blind – Nuraqilah Syuhaida
“Nasib baik muka mung ni handsome, kalau dok, jangankan jadi pelakong, nok jadi model supermarket Jusco pung orang tak moh.”
“Rupa takkan kekal… Yang kekal hanyalah agama dan personaliti diri. Dan cinta itu buta…”
Isteriku Bukan Tukang Masak – ArmisyaSyamira (Adaptasi Ke Telefilem) 
“Saya bersyukur sangat selama ni saya tak mintak awak tolong saya masak. Fasal ayam rentung hari tu, saya rasa tu last saya izinkan awak pegang kuali.
“Orait, suamiku malas masak!”
Isteri Solihin– Adah Hamidah 
Ada sesuatu yang aku rasa. Pedih ulu hati. Ya, hanya Gaviscon mampu meredakan pedih hulu hati. Aku pernah tengok iklannya dalam televisyen. Harap benar macam apa yang diuar-uarkan. 
Bila Tiba – Qistina Alya
“Bila tiba masanya, Allah akan rawat luka dalam hati Hanis perlahan-perlahan. Bila tiba masanya, Allah akan kirimkan jodoh pilihan Dia untuk Hanis. Dan bila tiba masanya, dua hati akan jadi satu dengan izin-Nya.” 
Ada Dia Di Sisiku – Tinta Biru
“Abang dah banyak berkorban untuk Nia. Kalau abang dah tak sanggup jaga Nia, abang hantarlah Nia balik ke rumah orang tua Nia. Nia sanggup, bang. Lagipun selama ni hanya abang yang jaga Nia. Nia tak jaga abang pun. Kalau abang nak cari pengganti Nia pun, Nia rela, bang.”
Aku Suka Hang La! – Umi Kalsom
Gila!!! Hendak saja aku jerit cakap ‘perempuan gila’ dekat minah sewel ni. Tapi sabarkan saja hati. Sudahlah di tengah-tengah kedai Pak Mail ini juga yang hendak dijadikan destinasi lafazkan kalimah cintamu. Hancus betul.
Mahar Cinta Untuk Faiqah – E-Man Sufi 
Lama dia menatap wajah ayu Faiqah. Allah saja yang tahu betapa dia mahukan gadis ini menjadi isterinya. Sudah sedaya upaya dia mengumpul duit tetapi masih juga belum cukup. Hantaran 50 ribu yang diminta Tuan Razlan memang tak masuk akal. Dia bukan hartawan mahupun jutawan. Dia hanya seorang tukang masak.
Awek Spanar – Rehan Makhtar
“Dengan saya hari-harilah awak makan sup spanar, Amir…”
“Oh, tak apa. Sebab saya pandai masak…”
Kerana Dia Untukku – Myra Ameer
“Bunga!”
Shaqir dijeling. Tajam. Kalau bunga itu merujuk kepada bunga ros tak apalah juga tetapi bunga yang dimaksudkan oleh lelaki itu ialah bunga tahi ayam. Apa kelas!
    
  

 

Tajuk : Nikmatkah Maksiat? - Drs. Hj. Hanafi Mohamed, Hjh Siti Zaimah Ab. Rahman
Penerbit : Karya Bestari
Markah Bintang : 10/10

Setiap amalan yang kita kerjakan seharian sama ada baik atau buruk akan mendapat pembalasan yang setimpal. ALLAH S.W.T mengganjari kebaikan dengan pahala manakala dosa pula bakal mengundang azab yang sangat pedih di akhirat kelak.

NIKMATKAH MAKSIAT menghuraikan konsep dosa dalam Islam, dosa sepuluh anggota tubuh kita dan mengapa kita melakukannya. Setiap dosa tersebut disertakan dengan jenis-jenis kesalahan yang berkaitan di mana ia tidak hanya tertumpu kepada anggota fizikal sahaja. Malah, hati dan akal juga tidak terkecuali. Ingatlah… kita bertanggungjawab untuk menjaga anggota tubuh kita sebaik mungkin kerana ia akan dipersoalkan nanti.

Demi mengukuhkan setiap hujah yang dibentangkan, dalil daripada nas al-Quran dan sunnah dinyatakan dengan jelas untuk pemahaman kita. Sama-samalah kita jadikan perkongsian ilmu ini sebagai renungan, motivasi dan pengajaran dalam kehidupan kita agar terselamat daripada kemurkaan ALLAH S.W.T.

Isi Kandungan Menarik

  • Konsep dosa dalam Islam 
  • Pengertian dosa dan akibatnya
  • Punca kita melakukan dosa 
  • Dosa 10 anggota kita: Akal, Hati, Mata, Telinga, Kaki, Perut, Tangan, Tubuh badan, Lidah atau mulut, Faraj atau kemaluan.

  
   
 
 

 Tajuk : Tarantula - Julie Jasmin
Penerbit : Buku Prima
Markah Bintang : 10/10 

Walaupun novel nie adalah novel pertama bagi penulis, tapi jalan ceritanya agak menyeramkan dan tak terjangkau dek fikiran... Kisah sebuah kampung bernama Kampung Nilam Setia tak aman dek serangan sesuatu serangga yang tak diketahui asal usulnya.. Hampir setiap malam ada saja mangsa yang terkorban dek dibaham oleh serangga yang diibaratkan seperti pemangsa yang terlalu ganas.. Serangga nie berbentuk seperti labah-labah tarantula tetapi mempunyai sayap lutsinar yang berwarna hijau, sesiapa yang pandang pasti tertarik dengan cahaya kehijauan seperti kunang-kunang..Yang paling berbahaya serangga nie adalah pemakan daging sebagai asasnya dan mampu berhibernasi beribu tahun lamanya...Kemudian muncul seorang gadis yang mencari tunangnya yang merupakan seorang pakar tumbuh-tumbuhan bersama tiga orang lagi sahabat tunangnya.. Dia mencari tunangnya yang sudah sekian lama tidak berhubung apabila tunangnya mencari spesis tumbuh-tumbuhan aneh di hutan tebal di kampung tue.. Apakah kesudahan dengan penduduk kampung tue? Adakah si gadis ini dapat berjumpa kembali tunangnya? Awak boleh baca dan alaminya sendiri... 


 
 Image result for kidung shalawat zaki & zulfa 

Tajuk : Kidung Selawat Zaki & Zulfa - Taufizurrahman Al-Azizy
Penerbit : PTS Publishers
Markah : 9/10

Novel ini mengisahkan perjodohan Zaki Ahmad Rayhan atau Zaki dan Zulfa Khawla Zahra atau Zulfa adalah dua anak kiai yang memiliki dua pesantren yang berbeda. Kedua orang tua mereka adalah pendiri pesantren yang saling bersahabat. Kedekatan kedua kiai pemiliki pesantren ini, membuat keduanya saling menganggap satu sama lain sebagai saudara, dan untuk mempererat persaudaraan mereka, maka sebelum Zaki dan Zulfa dilahirkan, kedua kiai ini sudah menjodohkan mereka. Zaki dan Zulfa belum pernah dipertemukan sebelumnya, namun tepat saat umur Zaki meginjak usia 22 tahun, Kiai Masduqi dan Kiai Ahmad telah merencanakan semuanya dengan sangat matang, sayangnya tepat pada waktu yang telah ditentukan Kiai Masduqi, nyai Halimah (istrinya), Zaki, Salma (adik angkat Zaki) dan beberapa santri yang hendak bersilaturahmi ke rumah Kiai Ahmad sekaligus ingin melamar Zulfa mendapat halangan dan akhirnya membatalkan niat mereka untuk bertandang ke rumah Kiai Ahmad.
Kiai Ahmad dan keluarganya sesungguhnya sangat merasa kecewa dengan keputusan keluarga Zaki yang membatalkan kedatangan mereka hanya karena mereka terhalang oleh kedatangan beberapa warga ke rumah Kiai Masduqi untuk menyampaikan permasalahan mereka. Yang oleh Kiai Ahmad dianggap sebagai alasan yang mengecewakan. Karena kecewanya Kiai Ahmad, maka dia mengatakan kepada Zaki untuk bersabar saja bila kiranya nanti Zulfa tak lagi ingin menerima perjodohan dengan Zaki, karena sesungguhnya ada orang lain yang juga menaruh hati pada Zulfa dan begitu dekat dengan keluarga Zulfa. Dan sesungguhnya ketidak hadiran keluarga Zaki sangat mengecewakan dan membuat Kiai Ahmad menyerahkan segala keputusan kepada anaknya yang seperti bidadari wajahnya, Zulfa. Meskipun pada akhirnya perjodohan itu tetap berlanjut dan Zaki dan Zulfa akhirnya bertunangan, pada saat itu justru terbukalah sebuah rasahasia. Bahwa sesungguhnya ayah Dimas, lelaki yang menyukai Zulfa sekaligus santri dari Kiai Ahmad ternyata adalah orang yang belakangan ini ingin menggusur rumah-rumah penduduk termasuk pesantren milik Kiai Masduqi, ayah Zaki. Ayah Dimas, Handoko, ingin membeli tanah pesantren ayah Zaki. Disitulah Kyai Masduqi tahu, kalau yang menggusur warga ada kaitannya dengan Handoko. Kontan Kyai Masduqi menolak, walau dibayar dua kali lipat. Namun Handoko tidak patah arang, dengan cara mendekati warga yang kini bermukim dalam pesantren. Mereka dikasih uang dan disuruh pindah dengan membawa serta anak-anak mereka yang notabene santri pesantren. Zaki sendiri terjebak skenario jahat Dimas dengan mengajaknya ke kota. Ia diberi obat perangsang, dan difoto-foto bugil bersama Ivone, salah seorang santri Kyai Ahmad. Berita pun menyebar luas dan Kyai Ahmad mendapat umpatan warga. Zaki dijebloskan dalam penjara. Dan Kiai Ahmad meminta Kiai Masduqi dan keluarganya merelakan pesantren mereka untuk diratakan dengan tanah dan dibangun pertokoan sementara Kiai dan seluruh santrinya pindah ke pesantren Kiai Ahmad. Ketegaran Kiai Masduqi dan keluarganya untuk mempertahankan Pesantren ternyata membuat Zaki akhirnya difitnah telah memperkosa salah satu santri dari Kiai Ahmad dan akhirnya Zaki dijebloskan ke Penjara. Zulfa yang parasnya secantik bidadari ternyata tak mampu untuk menahan amarahnya dan kebenciannya terhadap Zaki akhirnya memutuskan tali pertunangannya dengan Zaki dan menerima pinangan Dimas. Akhir cerita, diceritakan bahwa sampai dengan akhir cerita Zaki tak juga dapat membuktikan bahwa dirinya tak bersalah, dia dikeluarkan dari penjara karena telah mendapat jaminan dari santri-santri yang lain setelah kiai Masduqi meninggal dunia karena tertabrak mobil. Kidung Shalawat Zaki dan Zulfa ternyata tak cukup kuat dalam hati Zulfa dan membuatnya tak menjadi bidadari dalam hati dan dalam kehidupan Zaki. Zaki akhirnya diminta untuk menikah dengan Salma, seorang pelacur yang telah bertaubat dan diangkat anak oleh Kiai Masduqi dan Nyai Halimah.
 
Image result for awekku kembar 
Tajuk : Awekku Kembar - Siti Rozilah
Penerbit : Buku Prima Karangkraf
Markah : 10/10
ANNESSA dan Adeela bertuah kerana dilahirkan dari rahim yang sama. Sebagai pasangan kembar seiras, hubungan mereka berdua terlalu akrab bagai tidak dapat dipisahkan lagi. Namun takdir sentiasa muncul untuk menguji. Apabila Adeela tiba-tiba hilang kerana diculik maka bermulalah sebuah pencarian.

Hidup Annessa sudah tidak lagi berjumpa tenang. Dia sering diganggu oleh visi dan mimpi yang seolah-olah hadir sebagai petunjuk untuk memberitahu siapakah penculik dan di manakah adiknya disembunyikan. Ketika itulah dia bertemu dengan Tengku Najib. Lalu hati saling terpaut.

Namun cinta mereka adalah cinta yang dilatari tragedi. Tanpa disedari jejaka itu, Annessa ada agendanya sendiri. Dirinya dipergunakan Annessa dalam usaha untuk menjejaki kembarnya yang hilang.

Firasatnya selama ini benar belaka. Maka terbongkarlah sebuah rahsia. Yang menculik dan memperkosa adik kembarnya tidak lain dan tidak bukan ialah Tengku Amirul, bapa saudara Tengku Najib sendiri. Lantas terkulailah bibit-bibit cinta yang baru hendak berputik. Bagaimanakah akhirnya kisah cinta mereka? Apakah terputus di tengah jalan atau ada bahagia di penghujung cerita?

Petikan Dialog:

“Aku ni dah rosak, Anne. Dah rosak! Siapa yang nak kawan dengan aku?” – Adeela.

“Kita ni sedarah sedaging, Deela. Kau tu adik kembar aku. Takkan aku sanggup mengguris hati kau? Najib tu orang luar. Dia tak penting pun dalam hidup aku. Tapi kau... kau penting dalam hidup aku, Deela!” – Annessa.

“Memang betul dulu aku ada ramai perempuan tapi mereka tu semuanya tak penting. Sekadar teman untuk bersuka-ria. Anne lain. Anne amat bermakna pada diriku.” – Tengku Najib. 
 
 
 
Tajuk : Dulu Benci Sekarang Suka - Rose Eliza
Penerbit : Buku Prima Karangkraf
Markah : 10/10
Benci! Itulah yang Hazrel Hardy rasakan setiap kali bertemu dengan Nur Ain Zafira. Pelbagai rancangan diatur untuk mengenakan gadis itu. Disebabkan perbuatan seseorang, mereka terpaksa bernikah tanpa rela. Bagi Hazrel, Nur Ain tidak layak menjadi isteri serta memiliki cintanya. Hanya kebencian yang dilihat pada gadis itu. Apabila mulut tidak seiring dengan kata hati, perasaan benci bertukar menjadi sayang. Ego yang dipertahankan akhirnya runtuh. Dalam melayari kebahagiaan, kebenaran muncul silih berganti. Oleh kerana tidak mahu hatinya terluka dengan sejarah lama, Nur Ain bertekad untuk mengundur diri. Adakah Hazrel rela melepaskan Nur Ain pergi daripada hidupnya? Siapa pula Eddie Zakuan? Apakah tujuan Eddie Zakuan mengambil berat serta setia di sisi Nur Ain tatkala gadis itu menghadapi masalah?   
  
 
Tajuk : Takdir Fitrah Terindah - Hanis Azla
Penerbit : Buku Prima
Markah : 10/10
Bila diri dilahirkan dari dosa orang lain, tiada apa yang membuatkan Nur Fitrah punya keyakinan diri bila sejak kecil dirinya sering menjadi bahan cemuhan. Lantaran itu dirinya menjadi cepat mengalah termasuklah dalam soal cinta bukan mahunya. Tapi itulah yang terjadi bila kuasa untuk membuat pilihan bukan milik orang sepertinya. Tiada cinta, tidak mengapa, asalkan hatinya bahagia. Namun bila hati suami bukan untuknya, apalagi yang perlu dipertahankan? Pertemuan semula membuatkan hatinya berbunga-bunga. Namun respons dan dugaan yang diterima membuatkan hatinya terus lara untuk mengharapkan cinta. Adakah Aiham Fakhri masih lagi pilihan Nur Fitrah?     
  
  
Tajuk : Bukan Serapuh Daun Maple - Fatinilam Sari Ahmad
Penerbit : Buku Prima Karangkraf
Markah : 10/10
Tanpa cinta, hanya rasa sayang yang sekelumit itu, dia berpegang pada janji pertunangan dengan Andrian. Lalu Tasneem menerima lagi janji daripada Mak Uda, untuk mencari Andrian di Bridgeport, Connecticut, Amerika Syarikat.

Namun di sini jua, Christian tercari-cari diri sendiri dan penciptanya. Kehadiran Tasneem bagaikan membawa cahaya indah yang dicarinya. Sejenak mereka bahagia, namun dugaan datang menghancurkan segalanya. Tasneem setia menanti walau datang khabar daripada Siti Hajar, Christian pergi tidak akan kembali. Berkali-kali Tasneem mengingatkan dirinya sendiri bahawa cintanya pada Christian bukanlah serapuh daun maple.

Dengan izin TUHAN, mereka pasti bertemu semula di suatu musim panas yang indah. Angan-angankah ini atau bakal menjadi kenyataan? 
 
 
  
 
Tajuk : Kerana Sebiji Epal - Shahriah Abdullah
Penerbit : Buku Prima Karangkraf
Markah : 10/10
Kerana sebiji epal, Najla telah ditinggalkan Herman.Hidup Najla mula terumbang-ambing setelah ditinggalkan Herman. Setelah mengenali Khairy, Najla mula bangkit semula. Lama-kelamaan terbit rasa cinta di hati Najla. Namun hubungan mereka mendapat tentangan hebat daripada Datuk Nordin dan Datin Munira. Akhirnya Najla jatuh sakit. Dia telah dirawat oleh Doktor Ikmal. Doktor Ikmal pula terpegun melihat wajah Najla yang seiras dengan wajah arwah isterinya, Sheila. Dia mula menganggap Najla seperti isterinya. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Antara Herman, Khairy dan Doktor Ikmal, siapakah yang menjadi pilihan Najla? Adakah Herman? Adakah Khairy? Ataupun Doktor Ikmal?    
  
 
Tajuk : Aku Suka Kau Benci - Tinta Biru
Penerbit : Penulisan2u
Markah : 10/10
Novel nie adalah novel kedua daripada pegawai saya, iaitu Tinta Biru. BERMULA dari satu cabaran, Ikmal bertekad untuk memikat Mia Sarah. Niat asalnya sekadar main-main tetapi hatinya pula yang terpikat dengan gadis kampung tersebut. Namun, gadis itu cukup payah untuk dilembutkan hatinya sekaligus membuatkan Ikmal berusaha memenangi sekeping hati milik Mia sarah.

“Nak buat apa saya beri dekat orang lain? Saya tak suka orang lain, saya suka awak. Sebab tu saya nak bagi dekat orang yang saya suka. Orang yang saya sayang.” - IKMAL

“Hesy... Awak jangan merepek boleh tak? Siapa yang sukakan awak?” – MIA SARAH

“Awaklah, Cik Mia Sarah.” - IKMAL

“Perasan...” – MIA SARAH

“Saya memang perasan pun.” - IKMAL

Cinta tidak boleh dipaksa namun Ikmal sering kali memaksa. Penolakan cinta dan tragedi dia dimalukan oleh Mia Sarah membuatkan Ikmal sanggup melakukan tindakan di luar batas. Tindakan yang didorong atas rasa malu dan dendam. Namun, perasaan bersalah tiba-tiba terbit dalam hatinya dan perasaan sayang pula makin bercambah. Kesalahan besar yang dilakukan harus ditebus. Mia Sarah wajib dinikahinya walau dengan apa cara sekalipun.

“Abang cuma manusia biasa, Mia. Dan sebagai manusia biasa, abang tak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Maafkanlah abang. Sedangkan nabi pun ampunkan umatnya. Takkan Mia begitu keras hati tak ingin memaafkan abang? Abang akui kesilapan yang pernah abang buat tu. Please forgive me…”- IKMAL

“Saya pun manusia biasa juga. Dan sebagai manusia biasa, cukup susah untuk saya melafazkan maaf. Macam yang pernah awak cakapkan dulu, sorry seems to be the hardest word. Saya takkan maafkan awak sampai bila-bila. Awak telah menyakitkan saya. Saya takkan lupa apa yang awak pernah buat pada saya. Takkan pernah lupa...” – MIA SARAH

Keadaan menjadi lebih parah apabila Mia Sarah disahkan menghidap skizofrenia. Ikmal menjadi serba salah dan menyesal. Adakah semua yang berlaku ini berpunca daripadanya? Berjayakah Ikmal membuka pintu hati Mia Sarah? Dapatkah Mia Sarah memaafkan kesalahan besar yang dilakukan oleh Ikmal?
     
 
Tajuk : Mak! Tak Nak Kahwin - Tinta Biru
Penerbit : Karya Seni
Markah : 10/10
Ini adalah novel ketiga daripada sahabat saya a.k.a. pegawai saya, Tinta Biru.. “Hujung minggu ni, bos abang kamu nak bawa rombongan datang meminang kamu.” – Mak Cik Joyah

“Ha!!! Nak pinang orang? Hesy... Biar betul dia tu? Tak naklah orang. Orang mana boleh kahwin mak, tak cukup umur lagilah. Baru 19 tahun ni.” – Rina

Begitu keras Rina menolak untuk dijodohkan dengan Hafiz. Maklumlah dia masih muda lagi. Tak lepas STPM pun lagi. Sudah tu, calon bakal suaminya sudah boleh digelar bujang terlajak. Umur pun dah 35 tahun. Siapa yang mahu?

Apabila mengetahui saja tentang rombongan itu, hati Rina tidak tenang. Sebabnya, dia belum bersedia untuk berumah tangga. Macam-macam dia buat ketika keluarga Hafiz datang ke rumahnya untuk meminangnya dengan alasan agar keluarga Hafiz batalkan niat untuk menjadikannya sebagai menantu mereka. Termasuklah...

“Aku pakai seluar jean biru lama yang dah terkoyak kat lutut tu. Lepas tu, baju T-shirt hitam yang ada gambar tengkorak besar milik Abang Li aku tu. Tudung of courselah aku pakai, kan? Tapi aku sarungkan cap sekali dengan tala ke belakang. Lagi satu kan, aku siap mekap tebal-tebal. Kalah hantu Cina.” – Rina

Tak cukup dengan itu, Si Rina ni sanggup menghidang air kopi buatannya yang bukan terlajak manis tapi terlajak masin! Aduhai, tak patut betul Si Rina ni. Buat malu dirinya saja.

“Sebab apa awak nak kahwin dengan saya? Saya ni nama saja perempuan, tapi saya ni pemalas, tak pandai masak, tak pandai buat kerja rumah. Saya ni kasar, tak macam perempuan lain. Mak cakap saya ni perempuan tak serupa perempuan.” - Rina

“Sebab apa abang nak kahwin dengan Rin? Sebab... Rin adalah jodoh yang telah ditetapkan untuk abang. Rin merupakan pemilik rusuk kiri yang abang cari selama ni.” - Hafiz

“Yakinnya awak?” - Rina

“Memang cukup yakin. Lagipun sebelum tu abang memang dah pasang niat, jika mana-mana gadis mampu membuatkan hati abang berdebar tak menentu, maknanya dia memang jodoh abang. Sebab tu, abang tak tunggu lama untuk masuk meminang Rin” - Hafiz

Berjayakan Si Hafiz memujuk Rina menjadi suri dalam hatinya sedangkan Rina langsung tidak menyukai dirinya? Berjodohkah mereka? Semuanya dalam Mak! Tak Nak Kahwin.
 
 




Tajuk: Natrah (1937-2009) Nadra@Huberdina Maria Hertogh@Bertha: Cinta. Rusuhan. Air Mata
Pengarang : Fatini Yaacob
Penerbit : UTM
Markah : 9/10

Sinopsis:
Buku yang meniti hari-hari tragedi Natrah sejak di Indonesia, kemudian Tanah Melayu, Singapura, dan kes-kes yang telah menggegar dunia Melayu, Barat dan di antaranya. Fatini Yaacob yang menjadi wartawan pilihan menemuramah Natrah pada 1988 telah menuruti kembali fregmen-fregmen kisah Natrah pasca kes di Singapura, sehingga lawatan peribadi Natrah ke kampung halaman Che Aminah, ibu angkatnya yang tercinta pada sisa akhir hidupnya. Ini kisah cinta Natrah, rusuhan dan air matanya.











1 comment:

  1. Menarik.. Saya dah baca a few novel yang ada disini..
    Novel Roh rumah sewa tu baru nak beli..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧