✿Sahabatku✿

Follow

Bahagian 2


Image result for read books pngAssalamualaikum wbt.. Kita kembali lagi dengan page sipnosis buku / novel bahagian 2 nie... Hihi sebenarnya bahagian 1 tue dah sampai pada limitnya dan saya tak dapat nak menulis panjang sipnosis buku, jadi terpaksa berpecah pada bahagian.. So inilah bahagian ke-2 untuk sipnosis buku / novel... 









Tajuk : Makan Gaji Tapi Kaya 

Pengarang : Shamsuddin Kadir
Terbitan : PTS Professional Publishing Sdn Bhd



Sipnosis : Bekerja makan gaji bermaksud bekerja dengan dibayar gaji yang tetap setiap bulan. Bekerja makan gaji memang selesa dan kurang berisiko berbanding seorang usahawan. Namun, Timbul juga keinginan yang meluap-luap oleh si pekerja makan gaji bagi mengumpulkan harta tambahan untuk anak-anak mereka.


Mahu tambah pendapatan dan harta, tanpa berhenti kerja makan gaji? Berkawanlah dengan buku ini.

Makan Gaji tetapi Kaya (Edisi Kemas Kini) akan membantu kita bagi mengenali beberapa teknik: 

- Bagaimana menjana pendapatan aktif 
- Bagaimana menjana pendapatan pasif 
- Bagaimana mengurus wang keluar masuk 
- Bagaimana melabur wang dalam pelaburan hartanah 

Shamsuddin Kadir, perintis teori Smart Kaya yang mengutamakan prinsip melonjak kekayaan dengan bermodalkan apa sahaja yang ada di tangan. Makan Gaji tetapi Kaya kali ini, dalam edisi kemas kini menampilkan beberapa tip Smart Kaya berserta input segar yang lain, bertepatan dengan cuaca ekonomi semasa di Malaysia.







Tajuk : Hero 
Pengarang : Zarina Yasin
Terbitan : NS Star Sdn Bhd


Sipnosis : Kematian arwah Zaki memberi tamparan hebat bukan sahaja kepada Khalid, malah kepada seluruh pasukannya. Keseronokan menjalankan tugas dalam pasukan seolah-olah direntap apabila melihat Zaki tumpas di hadapan mata. Umpama mimpi ngeri yang menakutkan, Khalid seolah-olah trauma dengan kejadian tersebut.

Pemergian sahabat baiknya ini telah mengubah perwatakan Khalid. Daripada seorang lelaki yang periang dan suka mengusik, karektornya berubah menjadi serius dan terlalu berhati-hati dalam setiap tindakan. Dia tidak mahu peristiwa yang sama berulang. Tanpa sedar, dia seumpama menjadi pengawal kepada orang- orang di sekelilingnya.

Kehadiran Wana untuk menggantikan tempat arwah Zaki juga kurang disenangi pada awalnya. Khalid berasakan Wana tidak layak untuk bergandingan dengannya kerana sifat semulajadi Wana yang agak feminin. Sebenarnya, dia kurang selesa berpasangan tugas dengan wanita. Tunangan Khalid, Mastura, banyak bersabar dan sentiasa memberikan sokongan meskipun lelaki itu lebih fokus terhadap kerjayanya.

Kemarahan Khalid semakin memuncak apabila mengetahui kematian Zaki adalah berpunca daripada khianat dan api dendam. Antara amanah dengan pembelaan terhadap kematian arwah Zaki, mampukah Khalid mengawal dirinya tatkala berhadapan dengan situasi tersebut?
Image result for izinkan kumiliki hatimu

Tajuk : Izinkan Kumiliki Hatimu
Pengarang : Ameera Ameer
Terbitan : SR Publications

Sipnosis : Di saat Irina terluka dengan kecurangan Ferdy, Zairil hadir memberi salam cinta. Hati yang dulu kosong, mula dipenuhi dengan bunga-bunga cinta. Namun, perasaan hasad dengki Mira kepada sepupunya yang tidak pernah padam telah menghancurkan segalanya. Irina pergi membawa diri hanya kerana tidak mahu melukai hati insan-insan yang disayangi dan kerana terlalu mencintai, dia terpaksa mengorbankan cinta yang dia ada. Cincin yang dibeli untuk melamar Irina dan menjadikan wanita itu suri hidupnya masih kekal tiada bertuan. Namun, Zairil pasrah andai ini yang ditakdirkan dan jika inilah ketentuanNya.. Namun Zairil tekad, jika benar Irina sememangnya diciptakan dari tulang rusuk kirinya, walau badai datang melanda, Irina tetap di hati… Biar seribu tahun pun lagi, cinta Irina akan tetap dinanti. 


Image result for 7 warna cinta


Tajuk : 7 Warna Cinta
Pengarang : Fida Rohani
Terbitan : Buku Prima

Sipnosis : Cinta yang Kamilia lalui jauh berbeza dengan apa yang diimpikan. Dia diuji dengan derita dan kekecewaan. Hatinya menangis tidak berlagu bila Dani menghilang tanpa kata dan janji. Kerana kecewa, dia serik untuk bercinta lagi.

Namun demi kasihkan ibunya, Kamilia rela menjadi isteri Zamri. Dia cuba membuka pintu cinta seluas-luasnya. Tapi, lelaki itu terlalu cemburu atas alasan kerana sayang. Dia rimas bila hidupnya bagai remote control. Akhirnya, mereka berpisah.

Walau hati terluka, Kamilia terus mencari cinta sejati. Takdir yang tersurat, dia jatuh cinta dan berkahwin dengan Nik Arif. Perkahwinan tanpa restu itu menyebabkan hidupnya lebih menderita kerana suami yang tidak mampu berlaku adil. Sekali lagi dia melangkah pergi. Saat terkapai-kapai mencari bahagia, Kamilia bertemu semula dengan Dani. Mereka kembali mengikat janji. Sayangnya... ketika langit diterangi tujuh warna cinta, tiba-tiba petir menyambar. Cinta Kamilia dengan Dani gugur satu per satu. 


Image result for cinta sambal belacan

Tajuk : Cinta Sambal Belacan
Pengarang : Junie Octovian
Terbitan : Buku Prima

Sipnosis : Pelbagai taktik yang dilakukan Tengku Azri untuk membuli Lily Athira yang telah diambil Puan Adila menjadi anak angkat apabila ibunya, Mak Esah meninggal dunia akibat darah tinggi. Bagi menguji kepandaian dan kecekapan gadis itu, Tengku Azri sanggup merujuk majalah resipi dan meminta gadis itu memasak menu pilihannya termasuklah membuat pelbagai jenis sambal belacan walaupun dia sendiri tidak pandai memakannya. Puan Adila yang sudah jatuh hati dengan gadis lepasan SPM itu berkeras mahukan gadis itu sebagai menantu. Tengku Azri yang memang tidak pernah melawan cakap mamanya menerima sahaja walaupun di sebalik itu ada perjanjian. Namun akhirnya perjanjian yang dibuat itu memakan diri. Dapatkah Tengku Azri memikatnya kembali?

“Tok umi tu dari dulu dah sibuk nak jodohkan Lily dengan pak su, tapi mama tak layan kehendaknya sebab mama nak Lily jadi isteri Ayie. Tapi kalau Ayie rasa dia tak sesuai dengan selera Ayie, mama tak boleh nak paksa. Kalau Ayie pilih Azzah tu, eloklah lepas kahwin nanti Ayie tinggal dengan keluarga dia.” - Puan Adila

Nampaknya gadis itu sudah pun melepasi tahap bulinya. Apa yang diarah semua dia tahu membuatnya. Apa lagi hendak dilakukan untuk menguji kepandaian dan kecekapan gadis itu? - Tengku Azri

Sepanjang dia mengurus anak bujang Puan Adila, Tengku Azri diperhati hanya suka membulinya dengan kerja-kerja rumah. Kalau dibulinya aku setelah berkahwin nanti macam mana? - Lily Athira


Image result for pesakit 701

Tajuk : Pesakit 701
Pengarang : Khairul Zaman Khobin
Terbitan : Dear Novels


Sipnosis : Aswad baru sahaja keluar dari Hospital Mental. Namun, dia masih belum sembuh sepenuhnya. Dia berazam untuk mengikut kehendak syaitan untuk menghidupkan ayahnya daripada kematian.

Aina, guru yang sudah memilih jalan gelap sudah jatuh cinta dengan Arja, seorang guru muda. Cinta berbeza umur bukan penghalang. Namun, adakah Aina mampu untuk menyimpan kisah gelapnya daripada sesiapa?

Syaitan tidak pernah berhenti untuk menyesatkan manusia. Dan apa kaitannya Aswad dan Aina? Ini cerita tentang dia!

Image result for cermin hasrudi jawawi

Tajuk : Cermin
Pengarang : Hasrudi Jawawi
Terbitan : Dear Novels

Sipnosis : Cermin berbingkai kayu berukir motif flora itu ada di dalam bilik baru Dewi, menarik perhatiannya. Di antara bilik-bilik yang ada di dalam banglo usang yang dibeli oleh ibunya itu, hanya bilik terakhir sahaja Dewi anggap cantik dan sesuai dengan jiwanya. Semenjak Dewi dan ibunya berpindah ke banglo usang di pinggir bukit itu, pelbagai kejadian misteri mula berlaku dalam hidup Dewi. Sesiapa yang menyebabkan hatinya tergores, insan itu akan menemui ajal. Awalnya, Dewi hanya menganggap apa yang berlaku hanyalah kebetulan.

Tetapi, selepas perkara yang sama berlaku berulang kali, adakah ia masih boleh dianggap kebetulan?Apa yang ditakuti oleh Sem akhirnya terjadi. Siti, kawan baiknya sendiri menjadi mangsa sakit hati Dewi. Namun, Dewi juga teman baiknya. Sem dan Siti sama-sama sayangkan persahabatan mereka dengan Dewi. Lalu, Sem meminta tolong Hasrul yang mahir dalan hal-hal dunia mistik.

Selepas Hasrul mengkaji latar belakang banglo yang didiami oleh Dewi, rupanya banglo itu banyak menyimpan sejarah mistik. Cermin di dalam bilik Dewi adalah cermin Sri Muka yang mana jika dipuja, ia bisa menunaikan segala pemintaan si pemujanya dan akan mengundang padah pada si pemuja jika tidak menuruti kehendak cermin itu.

Adakah Dewi telah memuja cermin Sri Muka itu? Jika ya, apakah cermin itu mampu dimusnahkah demi menghapuskan sumpahan cermin itu? Dan Andy, lelaki yang menyayangi Dewi namun menggores luka di hati itu, ke manakah hilangnya? Adakah kehilangan Andy disebabkan sumpahan cermin Sri Muka atau akibat putus cinta?

Image result for cik diari hati

Tajuk : Cik Diari Hati
Pengarang : Hanny Esandra
Terbitan : Dear Novels

Sipnosis : Hari pertama pendaftaran di Kolej Seni Antarabangsa, Azzalea sudah buat satu kesilapan.

“Sorry, bang!”
“Apa abang, abang? Saya nak awak basuh kasut saya yang awak pijak ni.”

Berbulu sahaja mata Azzalea dengan sikap Shafwan, Ketua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Suka-suka hati buli, suka-suka hati bagi denda tak munasabah dan ada sahaja yang tak kena di mata lelaki itu.

“Sidai kat ampaian ya! Memang bagus tindakan awak tu! Awak ingat kasut saya tu macam baju-baju kecik awak nak sidai merata-rata tempat macam tu?”

Geramnya Azzalea dengan mulut puaka si mamat sewel, Shafwan itu. Dalam marah-marah, terbit pula rasa sayang. Segala rasa Azzalea luahkan dalam Cik Diari Hati itu yang bila diari itu tercicir, resah dia jadinya.

Shafwan tersenyum simpul bila dia jumpa dan baca Cik Diari Hati milik Azzalea. Namun, ada juga yang tidak senang dengan hubungan mereka. Rihana mula mengatur rencana.

Tak kisah apa pun yang datang, hubungan mereka tetap begitu. Shafwan dan Azzalea yang dulu ibarat anjing dan kucing, kini ibarat kumbang dan bunga.



13626245

Tajuk : Jangan Ganggu Lenaku
Pengarang : Haiza Najwa
Terbitan : Karangkraf


Sipnosis :  JEMU dan sepi menguasai diri Atira saban hari. Dia sering ditinggalkan seorang diri di rumah besar yang kosong. Tiada jiran, tiada rakan, tiada keluarga. Entah mengapa, suaminya, Asfahul pula seakan cuba menjauhkan diri. Baru berkahwin, tetapi langsung tidak ada bibit-bibit kemesraan.

Dia rindukan belaian suaminya. Dia sering berkhayal hidupnya bahagia sehingga termimpi-mimpi di dalam tidur. Dalam mimpinya, Asfahul sangat penyayang dan bertanggungjawab. Ucapan sayang lelaki itu tidak putusputus dibisikkan di telinganya. Setiap kali terjaga, dia diulit rindu. Bukan merindui suaminya tetapi dia merindui Asfahul di alam mimpinya. Mampukah dia lari daripada kekosongan yang merantai hidupnya di Teratak Asfalin itu? Apakah dia sedar jiwanya menjadi rebutan? Tetapi, oleh siapa?


0 lovely notes:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧