Majlis Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia, Larian Bersama Bomba Dan Larian Jerai Bersama Bomba

Thursday, April 20, 2017

Assalamualaikum wbt..
Okey, memandangkan saya bekerja di bawah bumbung Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, saya nak buat promosi sikit pasal Hari Anggota Bomba Sedunia.. Siapa tau bila tarikh sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia nie..? Jawapannya adalah pada bulan Mei setiap tahun..

Umum tahu pasal tugas anggota bomba adalah memadamkan kebakaran, ataupun bila situasi melibatkan kemalangan jalanraya ataupun bila berlaku kejadian alam semulajadi seperti banjir besar. Tapi awak tau tak skop kerja anggota bomba nie sebenarnya banyak tau selain dari tugas-tugas utama nie.. So pada sesiapa yang nak tahu mengenai skop kerja anggota bomba, bolehlah datang ke hadapan Dataran Bandaran Ipoh pada 4 Mei 2017 nie kerana pada tahun nie Majlis Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia akan diadakan di sana.. Majlis ini akan dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah bermula pada pukul 8 pagi.. Apalagi orang-orang Ipoh, atau yang berdekatan dengannya, datang tau beramai-ramai untuk melihat dengan lebih dekat lagi The Unsung Hero nie..

Starlavenderluna's Journal Of Life


Okey, sempena dengan Hari Anggota Bomba Sedunia jugak, ada dua acara yang menarik yang akan dilangsungkan iaitu Larian Bersama Bomba Dan Larian Jerai Bersama Bomba...



Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur akan menngajurkan Larian Bersama Bomba kali ke 15 tahun 2017 yang merupakan acara tahunan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Larian Bersama Bomba Tahun 2017 ini akan menggunakan vanue/tempat yang sama seperti tahun-tahun terdahulu iaitu Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dimana ianya akan diadakan pada 06 Mei 2017 hari Sabtu.

Larian Bersama Bomba 2017 membawa tema “Bersama Mencegah Kebakaran” dan juga “Bantu Bomba untuk Membantu Anda” adalah dengan harapan untuk menarik penyertaan dari semua lapisan masyarakat di seluruh negara dan terdapat pelbagai aktiviti sampingan serta pameran akan diadakan pada hari tersebut. Penyertaan Larian Bersama Bomba 2017 dibuka kepada 9 kategori dan yuran penyertaan adalah sebanyak RM 30 (Kategori A-G) manakala sebanyak RM 20 bagi kategori H&J. 

Setiap penyertaan akan diberikan T-Shirt larian dan juga sijil penyertaan sekiranya Berjaya menamatkan larian mengikut kategori penyertaan.


Okey, jika jauh sangat dengan tempat awak, ada satu lagi larian yang akan diadakan iaitu Larian Jerai Bersama Bomba yang akan diadakan di kaki gunung Jerai, Gurun, Kedah pada 13 Mei 2017 bermula pada jam 7 pagi.. So warga negeri utara boleh join larian bomba nie.. 

Starlavenderluna's Journal Of Life
Sumber daripada : Laman Web JBPM

Starlavenderluna's Journal Of Life
Sumber daripada : Laman Web JBPM


SYARAT –SYARAT PENYERTAAN

1. Penyertaan ini terbuka kepada lelaki dan wanita berumur 18 tahun ke atas yang Warganegara Malaysia sahaja
2. Yuran Penyertaan : RM 40.00 setiap peserta
3. Bayaran boleh dibuat secara tunai atau deposit terus ke akaun atas nama (Persatuan Sukan, Kebajikan Dan Kebudayaan Bomba Dan Penyelamat Negeri Kedah) CIMB 8007038010
***Sila kemukakan slip pembayaran semasa penyerahan borang dan WhatsApp kepada 016-9776462 (Ezzat) atau emel (ezzat-ezani.bomba@1govuc.gov.my)
4. Tarikh akhir penyertaan adalah pada 10 MEI 2017 jam 5.00 petang.
5. Borang penyertaan boleh didapati di Bahagian Penyiasatan Kebakaran Ibu Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah dan semua Pejabat Zon JBPM Negeri Kedah atau melayari laman sesawang www.bomba.gov.my
6. Borang penyertaan yang lengkap beserta bayaran hendaklah dihantar kepada urusetia secara terus di Bahagian Penyiasatan Kebakaran Ibu Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah atau semua Pejabat Zon JBPM Negeri Kedah
7. Peserta boleh mengambil Baju dan Nombor pada tarikh 8, 9, & 10 Mei 2017 (Jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang) di Ibu Pejabat Bomba Alor Setar, Pejabat Zon Sungai Petani, Pejabat Zon Kulim dan Balai Bomba Guar Chempedak.
8. Peserta boleh mengambil sijil penyertaan selepas larian di tamatkan.

WARGANEGARA MALAYSIA SAHAJA
JARAK LALUAN : 10 KM


Sebarang pertanyaan, pendaftaran sila hubungi :
Yunus (Ibu Pejabat) : 012-539 4525
Ezzat (Alor Setar) : 016-977 6462
Hamizul (Kulim) : 013-251 9038
Azmir (Sungai Petani) : 012-571 7124
Safuwan (Guar Chempedak) : 016-412 8995
Zuhair (Langkawi) : 013-602 2542



13 comments

  1. Replies
    1. Jomlah join kak Anum... Bawak satu family pun takpe, hihihi.. =)

      Delete
  2. Selamat hari anggota bomba sedunia pada semua hero2 kita ni.

    ReplyDelete
  3. Wahh menarik.!.salam kak ikin ap khbr😊

    ReplyDelete
  4. perkonsian yang menarik.Thank you for sharing

    ReplyDelete
  5. wah menarik juga hadiah yg ditawarkan !

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Bomba �� Sy tengok kat TV je sambutan hari bomba ni

    ReplyDelete
  7. akak bomba :)
    selamat hari bomba, shikin.
    bomba skang ni tunjang keselamatan kita.
    sape kata bomba xde guna?
    bomba bukan setakat padam api ajer dah skang ni.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧