✿Sahabatku✿

Follow

Monday, May 15, 2017

Kerana harta dunia, sanggup ketepikan sifat kemanusiaan...

Image result for harta pusaka

Assalamualaikum wbt..
Awak ada baca suratkhabar hari nie..? Seorang lelaki maut dihentak adiknya dengan alat pemadam api setelah bertengkar mengenai pembahagian harta pusaka.. Allahu Akbar, kenapa ini suma terjadi..?

Di mana letaknya sifat kasih sayang dan sifat kemanusiaan dalam diri, lebih-lebih lagi melibatkan pertengkaran antara ahli keluarga..? Apalah faedahnya berebutkan harta dunia yang dah terang-terang kita akan tinggalkan kat dunia nie tanpa membawa satu pun ke dalam liang lahad, yang hanya boleh dibawa ke liang lahad adalah amalan kita dan doa anak-anak soleh & solehah... 

Kenapa perlu gelap mata demi harta hingga sanggup mencemar tangan kita dengan darah..? Jika ada berlaku penyelewengan sekalipun, kita kena ingat yang kita hanya singgah sementara saja di dunia nie, di alam sana tue la yang kekal dan balasan dari Allah untuk orang yang teraniaya..

Kenapa perlu tanam sifat tamak untuk harta yang satu hari nanti kita tak boleh bawak ke dalam liang lahad..? Tak cukup ke rezeki yang Allah bagi pada kita hingga perlu ada rasa tamak dalam diri..? Tak bersyukur lagi ke dengan rezeki Allah kurniakan dalam kehidupan kita sejak kita dilahirkan dalam dunia nie..? 

Share:

10 comments:

  1. Sedih kn. Semoga kita di jauhkn dr sikap sedemikian. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Huhuhu sebab hartakan, sampai berbunuh.. Adehh... Seriau rasa...

    ReplyDelete
  3. Adik beradik pun boleh saling berbunuhan sebab nie Shikin..

    ReplyDelete
  4. Sedihnya sampai sanggup membunuh, Sebab tu lagi penting penuhkan Ilmu di dada dari tamakan harta

    ReplyDelete
  5. sdih!
    perikemanusiaan...
    kasi syg...
    belas kasihan...
    semua hilang!

    ReplyDelete
  6. ada dgr d radio kemarin ni. kerana hrta mgaburi mata .. Allahu.. al-fatihah..

    ReplyDelete
  7. sedih dan menyedihkan..
    moga kita semua dijauhkan dari sifat2 xelok nih..insyaallah

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧