✿Sahabatku✿

Follow

Wednesday, September 13, 2017

Review : Sambal belacan Adabi Tradisi

Assalamualaikum wbt...
Malam nie saya makan makanan yang cukup ringkas jea.. Nak tahu saya makan apa..?? Presenting..

http://starlavenderluna.blogspot.my

Lawak kan.. Punyalah pemalas nak masak.. Sebenarnya hari nie hubby bekerja shif petang jadi selalunya dia akan bawak balik makanan yang bos dia belikan, so inilah makan malam saya.. Hanya masak nasi putih bersama dengan telur dadar.. Tapi saya bukan nak review pasal nasi tue.. Yang saya nak review, tue.. awak nampak kan bekas yang berwarna merah tue... 

Image result for sambal belacan adabi

Haa.. Yang nie sebenarnya saya nak review.. Awak tau, sebenarnya saya nie bukanlah seorang yang gemar pada masakan pedas tapi produk nie memang memikat hati saya, walaupun pedas tapi sedap.. Rasanya inilah satu-satunya makanan pedas yang boleh diterima oleh tekak saya sebabnya ada rasa masam-masam manis gitu.. Produk sambal belacan nie ada tiga jenis, satu yang macam gambar kat atas tue iaitu jenis pedas dan tradisi, kedua yang jenis moden yang pedas dan manis, dan yang ketiga jenis sambal belacan ikan bilis..

Image result for sambal belacan adabi

Image result for sambal belacan adabi ikan bilis
Kiranya kita boleh pilih mana yang menjadi pilihan hati, saya dah cuba ketiga-tiganya tapi hanya yang pedas dan tradisi mengungguli carta di hati saya, chewaahhh... Sesiapa yang suka makan sambal belacan tue, bolehlah cuba produk nie... Bila digaul dengan nasi putih yang panas berasap, dimakan pulak dengan ayam goreng atau ikan masak stim, dicampur pulak dengan sambal belacan nie, hasilnya... WOW....! memang tak rugi beli produk nie.. 

Share:

5 comments:

  1. Dulu saya selalu beli masa duduk rumah sewa...Senang...Rebus kerang pastu mencicah dgn sambal belacan tradisi tu la kak Shikin.haha

    ReplyDelete
  2. Hoh x pernah cuba agik ni... mudah. x yah pedih mata dh nk buat sendiri.. hehe

    ReplyDelete
  3. Tak pernah cuba lagi.. Sambal duk buah sokmo hihihi

    ReplyDelete
  4. takpernah try lagi sebab ingatkan taksedap hehe dah baca review cakap sedap boleh beli lah lepas ni

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧